Kesedapan Nasi Kak Wok memang cukup terkenal di Negeri Kelantan dipopularkan oleh Kak Wook atau nama sebenarnya Mek Wook Hassan. Ia merupakan Nasi berlauk yang cukup ringkas, iaitu nasi putih dicampur dengan gulai/kari dihidangkan bersama ayam goreng kunyit, sambal belacan dan ulaman timun serta dibungkus dalam kertas makanan. Nasi berlauk ini ternyata ada penggemarnya yang tersendiri dan kian mendapat tempat di luar negeri Cik Siti Wan Kembang.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri nasi berlauk ala Nasi Kak Wok ini untuk hidangan keluarga mahupun nak dibuat niaga, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Shafira Ismail ini sebagai rujukan.
Menu NASI KAK WOK hari ni. Kertas minyak tak dak, guna plastik burger bungkus pon boleh. Boleh ‘feeling-feeling’ makan kat kedai. Jemput makan semua.
1. KUAH KARI
Bahan-Bahan:
Halba Campur
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Bawang merah
bawang putih
halia
Daun kari
1 paket rempah Kari Ayam
Ayam dipotong kecil
Santan
Lobak Merah
Kacang Panjang
Cara Membuat:
1. Tumis empat sekawan (halba Campur, bunga lawang bunga cengkih, kulit kayu manis).
2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan Daun kari.
3. Masukkan 1 paket rempah kari ayam dan tumis rempah sampai pecah minyak.
4. Masukkan santan dan Sedikit ayam yang potong kecil.
5. Kemudian masukkan carrot, kacang panjang.
6. Masukkan garam dan biarkan mendidih.
Siap!
2. AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-Bahan:
Ayam Dipotong kecil
Garam
Kunyit
Lada Hitam
Gula
Cara Membuat:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkan garam, kunyit lada hitam yang dah dikisar dan gula. (Perap 30min) *Lagi lama perap lagi sedap.
3. Setelah diperap, goreng hingga garing.
4. Tabur carrot dan kacang panjang yang dah digoreng atas ayam.
Siap!
* Pastikan api kuat sikit dan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Pastu minyak kena banyak. Saya goreng dalam periuk, baru ayam tu tenggelam penuh dan masak sekata.
Ads
3. SAMBAL NASI KAK WOK
Bahan-Bahan:
Cili padi merah
Cili besar
Cili padi hijau
Belacan
Limau kasturi
Cuka satu sudu kecil
Garam
sedikit Gula
sedikit air (Agak-agak boleh putar)
Cara Membuat:
Kisar semua bahan hingga hancur.
*Limau kasturi blend sekali dengan kulit, cuma belah buang biji untuk elak kan sambal rasa pahit.
*Aroma limau kasturi yang buat sambal lagi sedap.Bau wangi kulit limau.
Hidang semua, tambah timun yang dihiris nipis.
Resepi simple aje tapi rasa MARVELOUS.
Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita : Nampak sedap dan menarik menu Nasi Kak Wok ni. Kombinasi Nasi putih dengan kuah kari, ayam goreng kunyit, sambal belacan dan ulaman timun. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan meniaga pun sesuai.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Ada sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.
TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros
10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!
Resipi Apam Nasi tak pernah ubah, ikut kod 3112 mesti jadi elok gebu, kembang mekar hasilnya. Inilah resipi yang dikongsikan oleh Puan Ainon Sidi dan dijadikan rujukan setiap kali nak buah kuih Apam Nasi yang sedap ini.Memang elok hasil kejadiannya.
Pagi kukus, malam tadi perap, lama jugak makcik tak buat Apam Nasi. Tapi mak cik tak suka makan dengan nyok. Resepi dari muda sampai ke tua tak pernah ubah. Ni resepinya. 3112 kodnya.
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dan blender.
2. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat-rapat, perap dan simpan.
3. Peram dalam 5 jam. Masa nak kukus masukkan Eno Biru 1 peket kacau rata.
4. Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit. Siap!
Info Ekstra!
Untuk cawan nasi boleh guna 1 biji ragi bahagi 3. Kalau ragi kecil bahagi setengah sahaja.
Nak apam cantik kejadiannya, penting perap adunan semalaman dan tutup rapat. Nak kukus baru masukan Eno 1 peket.
WAJIK Pulut Merelip Sukatan Cawan, Sedap Pekat Likat Manis Berlemak!Wajik antara makanan tradisional yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Selalu dijumpai waktu jemputan kahwin dan majlis kenduri kendara. Cantik merelip dan memang sedap rasanya pekat likat dan manis berlemak.
Rupanya mudah je nak buat wajik ni. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Zailah Ismail ini sebagai panduan;
Tok laki suka sangat makan ni. Aritu pergi jemputan ada wajik ni. Amik sepotong, sedap. Nak amik lagi, segan. Arini gigih sis buat, harap-harap menjadi. Tok laki suka, kata sedap. Beranilah dia cakap tak sedap.
Resepi Wajik guna cawan
Bahan-Bahan:
4 cawan pulut
5 cawan santan..*saya guna santan kotak je. Malas ni gi kedai beli kelapa biji.
4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 cawan gula pasir (Ikut masing-masing yea..nak manis ke idok)
Cara Membuat:
1. Rendam pulut selama 3 hingga 4 jam. Kemudian kukus 25 hingga 30 minit dan ketepikn dulu.
2. Masak gula merah, tapiskan dan sediakan kuali besar sedikit, supaya senang nak mengacau.
3. Selepas itu, letak gula merah tadi, masukkann gula pasir, santan dan sedikit garam.Saya suka lebihkan santan sikit biar lemak-lemak sikit. Kacau sampai mendidih dan likat.
4. Kemudian masukkan pulut tadi, kacau sampai sampai pulut serata dan pekat.
Mingguan Wanita:Mudah je nak buat wajik rupanya, resipi guna sukatan cawan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Puas hati makan, sedap manis berlemak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...