Cara Buat Makanan Kucing ‘Home Made’. Senang Dan Boleh Berjimat Lagi

Share

Buat pencinta kucing dan pemilik kucing, rutin setiap hari selain membelainya, sudah tentulah memberi makanan yang cukup dan berkhasiat. Kalau tak diberi makanan, mahunya mengekor saja dan bunyi tak payah cakaplah.

Tak kiralah yang memelihara kucing di rumah atau kucing yang datang ke rumah. Tentu sekali akan memberikan makanan untuknya. Setengah orang, nak mudah hanya beli sahaja di kedai makanan kucing.

Namun, bagi anda yang rajin dan kucing peliharaan yang tidak memilih makanan, bolehlah cuba buat makanan kucing home made. Mudah sahaja dan bolehlah berjimat terutamanya yang pelihara banyak kucing.

Ini salah satu perkongsian daripada Rafidah Sadarudin yang sudi memberi resipi makanan kucing. Bergantung pada anda jumlah kuantiti yang boleh dijadikan stok makanan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Santan Segar, Dijamin Bersih & Tahan Lama Disejuk Beku!

Buat Sendiri Rak Mainan Anak, Modal RM30 Saja. Jimat Dan Kemas!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tak Cukup

Kucing jiran kami, Santan (nama kucing yang kami beri sebab hari tu santan kotak dijilat sampai licin), kegemarannya makan, main, makan dan makan.

Bila Santan makan, emak dan kakaknya turut datang.

Jadi, nak beli makanan setiap hari memang tak cukup bagi mereka.

Hari ini jom kita rajin bersama buat makanan kucing.

Bahan :
10 ekor ikan sardin
1 batang lobak merah
Seikat bayam

Cara Membuat:
1. Rebus sardin yang telah dibersihkan. Buang kepala dan guna air rebusan tadi untuk merebus lobak merah serta bayam.
2. Masukkan semua bahan rebusan tadi dan kisar. Letak air rebusan sekali.

3. Setelah itu, didihkan air mengikut sukatan yang disyorkan dan masak agar-agar.
4. Selepas agar-agar larut, masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar.

5. Kacau sebati dan sejukkan di dalam bekas mengikut kuantiti yang diperlukan untuk diberikan kepada kucing.

Selamat mencuba.

MW: Nak buat senang saja, rajin atau malas aje kan. Tapi, cara ini memang menjimatkan. Sihat lagi untuk kucing peliharaan.

Sumber: Rafidah Sadarudin

Published by
Nora