Cara Buat KETUPAT Daun Pisang Paling Mudah, Wangi Lembut Berlemak!

Share

Ketupat bagaikan satu kemestian disediakan setiap kali tibanya raya. Memandangkan tahun ni sekali lagi kita beraya di rumah sendiri, jika tak tahu nak anyam daun palas atau kelapa, boleh buat ketupat daun pisang ni. Cukup mudah disediakan, tak perlu anyam. Paling penting hasilnya lembut, wangi dan berlemak. Sesuai dimakan dengan rendang, kuah kari, daging dendeng dan sebagainya.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Hairul Hamid ini.

Ketupat cara saya.

Bahan-Bahan:

4 cawan Beras pulut
2 biji kelapa Santan
1 helai Daun pandan
1 helai Daun pisang
Garam Secukup rasa

Cara Membuat:

1. Rendam beras pulut 2 jam.
2. Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.

3. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
4. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.

5. Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

6. Ok siap dah.

* Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
CARA Rebus Ketupat Tahan Lama, 3 Hari Tak Payah Simpan Peti Sejuk!
Ketupat Roket Viral, Resepi Warisan Nenek Moyang Ini MUDAH Dianyam, 1 Syawal Boleh Hidang

MW: Mudahnya, tak perlu nak anyam daun palas atau kelapa, lebih senang guna daun pisang je. Hasilnya wangi, lembut berlemak boleh cuba buat untuk menu pagi raya nanti.

Sumber: Hairul Hamid

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/

)

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab