Cara Buat ‘Fish Cake’ Sendiri, Terjamin Bersih, Suci & Halal, Rasa Kenyal Seperti Beli Di Kedai

Share

Ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri kek ikan atau ‘fish cake’ sendiri di rumah.Fish cake ini, selalu digunakan sebagai rencah didalam masakan seperti mee goreng, nasi goreng, mee kari, Yong Taufu dan sebagainya.Bila buat sendiri fish cake ini lebih puas hati, terjamin kebersihan, kesucian dan status halalnya.Malah lebih menjimatkan!

Berikut perkongsian resipi membuat ‘Fish Cake’ yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali

sebagai rujukan;

“Assalamualaikum..Sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball, sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..Memang ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu…Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..”

Bahan-Bahan:

500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend, rasa jangan masin sangat ye sebab nanti masa sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari air batu)

** Anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah.So abaikan sukatan air tu.

Cara Membuat:

1. Isi ikan tenggiri diambil (kulit takmau ye) dan diblend halus saya guna food prosessor.

2.Kemudian masukkan sedikit air ais, kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak ajinomoto letak sikit waktu ini).

3.Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.

4.Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.loyang tu biarla boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.

5.Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya..(macam buat serimuka).Ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi.

6.Kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak.

7.Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong seperti mana bentuk fishcake. (Segi empat tepat).

8.Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.Angkat dan toskan minyak siap.Alhamdulillah..

 

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Tahrunnisah Jali

Published by
Suhaidah Abd Wahab