Senang Rupanya Buat Bebola Ayam Sendiri, Betul Cara Simpan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan

Share

Mak-mak yang ada anak kecil dan suka sangat buat sup bebola, memang wajib mencuba resepi bebola ayam homemade di rumah. Bukannya tak boleh beli di kedai, cuma bila buat sendiri ini mak-mak lebih puas.

Cara nak membuatnya pun, teramatlah mudah. Cubalah resepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini. Ada panduan video nak bagi mak-mak lebih faham.

Bahan Bebola Ayam (Chicken Ball)

200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah dan lada hitam
1 sudu makan garam halus
1/2 gelas kiub ais
1 biji putih telur

Bahan Bawah Ini Ditapis Ya

1/2 cawan tepung ubi (tepung tapioca)
2 sudu makan tepung gandum
Secubit baking soda dan baking powder (secubit je tau)

Buatnya Macam Ini

1. Kisar ayam dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam serta garam ikut cita rasa.
3. Masukkan putih telur dan kiub ais.
4. Campurkan bahan tapis dan kisar halus.
5. Pakai sarung tangan dan bentukkan bulat-bulat bebola ayam tu.
6. Kemudian, rebuslah bebola ayam ini sampai timbul. Bila dah timbul itu tanda dah masak.

Cara Betul Simpan Bebola Ayam Nak Bagi Tahan 6 Bulan

√     Sebaik selesai merebus, masukkan dalam bekas dan tutup kemas. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku.

√     Bebola yang dah siap direbus itu tak perlu direndam dalam ais jika mahu disimpan dalam peti beku.

√     Jika nak terus dimakan, anda boleh rendam dalam air berisi ais untuk kekalkan kekenyalannya. 

√     Bebola ayam ini boleh tahan sampai 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian beku.

Video : Step By Step Resepi Bebola Ayam

Kisar Semua Bahan, Jadikan Doh, Mudah Nanti Nak Bulat-bulatkan

 

 

Selepas Dibulatkan, Rebus Sampai Bebola Ayam Timbul

 

Jika Mahu Terus Dimakan Boleh Rendam Dalam Air Berisi Ais Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kekenyalan Bebola

 

Sumber/Foto/Video : Parmiati Binti Suyudi

Published by
Netty Ah Hiyer