Bawang putih goreng selalunya ‘menu wajib’ bagi wanita dalam berpantang, mahupun pembangkit selera dimakan dengan hidangan lain seperti meehoon, bubur dan sebagainya. Namun nak buat bawang putih goreng rangup yang tak pahit dan tak ‘bertempek’ sesama sendiri ada caranya. Jika salah teknik, bawang putih goreng akan mudah lembik, tak tahan lama, melekat antara satu sama lain dan jadi pahit.
Jika nk buat bawang putih goreng yang elok kejadiannya, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Azita Amir ini sebagai panduan.
Selalu orang tanya saya macam mana buat bawang putih goreng sampai dia rangup, goreng tak bertempek sesama sendiri, tak hitam tak pahit. Cara saya biasa je.
Kupas bawang, sagat dan rendam air garam jap.
Selepas tu bilas sampai bersih dan goreng je macam biasa, macam video dekat bawah.
Dah angkat letak dalam bekas yang dah lapik tisu, goyang-goyang je bekas tu. Memang tak bertempek, lerai satu-satu. Rasa pun macam keropok bawang je, memang tak pahit langsung.
Ads
Info Ekstra
Lepas bilas bawang tu tos kejap je, sementara tunggu minyak panas nak goreng bawang.
Simpan isi balang siap-siap biasa boleh tahan 3 bulan.
Mingguan Wanita : Nak goreng bawang putih boleh cuba cara yang dikongsikan ini, barulah rangup, tak pahit dan bertempek sesama sendiri. Pastikan lepas sagat, rendam sekejap dengan air garam. Tos baru goreng seperti biasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Seronoknya bila ada duit banyak kat tangan, Terus fikir nak beli itu ini. Tapi masalah yang tak seronok bila nak langsai hutang. Maklum saja, dengan keeadaan sekarang ini, kebanyakan harta yang kita ada masih lagi berhutang.
Rasanya setiap orang mesti ada hutang. Kalau tak ada memang dia seorang yang berduit, Terfikir juga kerja apa dan gaji berapa banyak? Rata-rata daripada kita yang mempunyai kemudahan dan keperluan keluarga seperti rumah, kenderaan atau membuat pinjaman semuanya masih lagi berhutang.
Ada ayng menagambil masa berpuluh tahun untuk langsai hutang. Dapat saja gaji, terus bayar hutang. Perkara yang perlu didahulukan.
Bagaimana nak langsai hutang dengan cepat dan hidup tak berserabut dengan hutang. Ada caranya, boleh ikuti perkongsian ini. Moga ia bermanfaat.
Sesuai dibaca bagi mereka yang mahu hutang selesai secepat mungkin. Lepas bad debt selesai, duit lebihan boleh jadi simpanan konsisten setiap bulan. Untuk keperluan anak-anak dan diri sendiri eg haji dan umrah.
Bad debt: Kad kredit, personal loan, loan kereta. Ini sasaran utama untuk kita selesaikan terlebih dahulu.
Semua kita belum tentu dapat jadi kaya raya. Tapi untuk bebas hutang ni, semua orang ada ‘high chance’ mampu buat.
Ini prinsip-prinsip yang dikongsikan oleh pakar kewangan untuk langsaikan hutang dalam masa cepat dari jadual asal.
1. Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali cuba berhutang. Beli secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, bermaksud kita belum mampu.
Jadi, kumpul duit dulu. Bila dah cukup, baru beli. Banyakkan bersabar. Kalau bukan keperluan, tangguhkan dulu.
2. Langsaikan hutang yang kadar faedah (interest rate) paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu. Lepastu loan kereta (3% – 5% setahun). Jadi, list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya.
Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
‘Good debt’ seperti housing loan diletak paling last sekali. Hutang ini nilai asetnya makin tinggi. Ia membuatkan kita bertambah kaya!
3. Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk ‘full-settlement’ hutang-hutang yang ada.
Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.
Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
4. Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus gaji untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu.
Kena korban perasaan la sikit.
5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
6. Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
7. Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Kawan-kawan,
Saya doakan anda boleh mula salah satu daripada 7 tip diberikan ini. Semoga kalian bebas dari genggaman hidup berhutang, bermanfaat untuk keluarga masing-masing.
Bank tak bagi sesen pun komisyen bagi tips hutang langsai awal. Korang yang buat akan dapat manfaat lebih besar.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu kita untuk bebas hutang. Lepas selesai hutang, nanti rezeki tu bolehlah kongsi dengan keluarga.
Tinggal di rumah bertingkat yang memiliki tangga besi terbuka sebegini, memang agak gayat bila nak melangkah anak tangga. Malah kena lebih berhati-hati bila memakai kain, mahupun ada anak kecil. Bukan apa, takut tersadung dan terjatuh di celahan anak tangga tersebut. Jika di rumah ada tangga besi jenis terbuka, boleh cuba idea yang dikongsikan ini dengan menutupnya menggunakan OSB board.Bukan sahaja cantik malah lebih selamat serta yakin untuk melangkah anak tangganya.
MW: Semoga perkongsian idea kemasan tangga ini memberi manfaat. Jika di rumah ada tangga besi jenis terbuka sebegini, bolehlah tutup dengan OSB board. Modalnya pun tak mahal, nampak lebih kemas, cantik dan lebih selamat bila buat begini.
Mendekorasi dapur rumah sewa tanpa kabinet ini sememangnya sedikit mencabar bagi penyewa. Lagi-lagi nak menyusun atur barangan yang ada di ruangan itu.
Tetapi jika bijak memilih dan menyusun atur barangan di setiap ruangan, hasilnya kemas dan tersusun rapi. Seronok tengok dapur Eiza Nas ini, walaupun tiada kabinet, setiap barang dapur disusun dengan baik sekali.
Kongsinya,
“Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik.
Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri. Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri.
Bilalah dapat pi jalan-jalan ini.”
Ternyata, biarpun ruangan dapur pemilik kecil dengan barang yang tersusun rapi, ruangan nampak selesa dan luas.
Susun Barang Dapur Rumah Sewa Tanpa Kabinet
Meja Bertingkat
“Suami saya tempah dengan kawannya yang buat grill. Kemudian, belikan mozek’
Bakul beli di Daiso
Shoppe : https://invol.co/cl5uzy3
Letak wallpaper tahan haba. “Tahan lasak, dah guna dekat setahun.” Beli di shopee : https://invol.co/cl5v0b8
Wallpaper corak mozek beli di shopee
Bahagian Sinki Dapur Rumah Sewa
Sinki tahan guna kayu. Kayu beli di hardware.
Tong sampah beli di Shopee : https://invol.co/cl5v0d9
Cermin guna mirror sticker. Beli di DIY. Tak ada masa lagi nak tukar yang baru. Lama dah pakai, dalam 5 tahun rasanya.
Tong Sampah Saiz 45
“Lama dok mengidam. Selepas berjaya simpan duit. Maka dapatlah beli dia. RM85 lepas diskaun. Walau nampak murah bagi orang lain. Bagi mama Nas boleh tahan harga dia.
Tapi bila dah pakai. Berbaloi sebab atas ada 2 bahagian. Boleh buka bahagian atas dan basuh.”
Dapatkan gambaran serba sedikit macam mana nak bagi ruangan dapur tanpa kabinet tersusun kemas. Asalkan tahu mencari rumah untuk setiap barang, ruangan akan jadi lebih rapi dan sedap di pandangan mata.