Cara Buat BAWANG GORENG Ranggup Tanpa Guna Tepung, Rendam Dengan Cuka Selama 10 Minit

Share

Cara buat bawang goreng ranggup. Selalunya, kalau nak mudah, kita beli saja cepat dan mudah. Tapi kalau dari segi rasa , harap maklum saja. Ada yang boleh diterima tekak dan ada sebaliknya.

Memang kalau kat dapur kena ada bawang goreng ranggup ini. Ia sebagai pelengkap untuk makanan lain seperti bihun sup, soto, mi goreng, sup dan sebagainya. Lagi mudah buat stok di rumah bila-bila nak makan, ambil saja.

Ada sesetengah yang buat sendiri bawang goreng ini dengan mencampurkan tepung, agar ia ranggup. Tapi, tak kurang juga yang suka dengan bawang goreng original. Ada cara lain yang boleh mak-mak buat bawang goreng ranggup tanpa guna tepung.

Baca Artikel Menarik Lain Di sini: Guna Dua Bahan Saja Nak Bagi BAWANG GORENG Ranggup Dan Sedap

CARA Potongan BAWANG Beri “Rasa” Berbeza Pada Masakan, Kena Ikut Kesesuaian!

Cara Buat Bawang Goreng Ranggup Tanpa Tepung, Sedap & Tahan Lama

Bahan-bahan:
Bawang merah – dihiris
Cuka
Air
Garam

Ini caranya:
1. Hiris bawang mengikut jumlah kuantiti yang diinginkan.
2. Selepas itu, dalam bekas lain, masukkan air dan cuka. Kacau sebati.


.

3. Kemudian, barulah masukkan bawang merah yang dihiris tadi.
4. Rendam selama 10 minit.
5. Selepas itu, toskan sehingga betul-betul kering.

6. Masukkan satu sudu garam. Gaul sebati.


.

7. Barulah, goreng dengan api sederhana sehingga kekuning-kuningan.


.

8. Angkat dan biarkan sejuk, barulah masukkan ke dalam bekas tertutup.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita: Buat sendiri kat rumah, baru puas hati.

Sumber: farida_khanzaa (tiktok)

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora