Cara Buat Apam Mekar, Guna Tepung Gandum, Kukus Dengan Api Besar, Memang Jadi!

Share

Apam mekar, mungkin ada mak-mak yang merasakan susah untuk dapatkan bentuk yang merekah dan ‘tersenyum mekar’ itu. Malah, teksturnya yang lembut dan gebu ini jugalah membuatkan ia sedap dinikmati.

Ada banyak cara yang mak-mak gunakan untuk membuat apam mekar. Ingat, ada bezanya dengan apam nasi dari resipinya. Tapi dari segi bentuk dan warna ia sama saja mengikut citarasa sendiri.

Nak tahu macam mana apam mekar ini ‘tersenyum mekar’ ada resipi dan tip yang diberikan oleh Mala Mansor untuk mak-mak buat di rumah. Hanya 30 minit, sudah boleh untuk anda nikmati bersama keluarga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Rahsia Kuih Kaswi ‘Lejen’, Lembut & ‘Bergedik’, Tak Jemu Makan!

Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Resipi Apam Mekar

“Ini adalah cubaan ketiga dan akhirnya ia betul-betul mekar. Ada beberapa tip yang boleh membuatkan apam ini mekar.

Bahan-bahan :
3 biji telur
1 sudu makan ovallate
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum BELI DI SINI
2 sudu teh serbuk penaik
Pewarna kesukaan

Cara membuat :
1. Panaskan air dalam pengukus.
2. Masuk semua bahan kecuali tepung gandum, serbuk penaik dan pewarna kesukaan ke dalam bekas dan mix dengan kelajuan sederhana sehingga semua bahan bertukar jadi warna putih dan ringan. Adunan akan jadi 2 atau 3 kali ganda banyak.
3. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam bekas yang sama. Mix sampai kembang dalam 5 minit.
3. Biar adunan kejap dalam 10 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas acuan. Campur warna.
5. Kukus dalam 5 ke 10 minit, ikut besar acuan kita guna.

TIP PENTING:
1. Kukus dengan api besar supaya apam tersenyum mekar.

BOLEH BELI PENGUKUS DI SINI

2. Jangan buka pengukus hingga habis masa mengukus.
3. Guna tepung gandum biasa. Jangan guna tepung naik sendiri.

Boleh cuba kat rumah. Bahan pun murah kan. Dalam 30 minit dah siap ni untuk minum petang di hujung minggu.

Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang bersama keluarga. 30 minit dah siap.

Sumber: Mala Mansor

Baca Artikel Menarik Lain DI SINI: Resipi CHEESY LAYER Antara Best Selling, Adunan Sukatan Untuk 10 Bekas!

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora