Ini cara betul masak resepi air asam ikan kembung. Boleh juga ditukar dengan daging atau jenis ikan yang lain. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Roshima Ibrahim Shima beserta dengan video panduan sukatan air merebus ikan.
Teknik yang diajar ini akan buatkan rasa masakan lengkap, lemak, masam, masin semua ada. Buat mak-mak yang masih keliru macam mana nak buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ini, boleh teliti cara-cara membuatnya. Bolehlah dicuba untuk masakan keluarga tengah hari nanti.
Tapi, bila hakak dah beri cara-cara memasak tetap juga tak rasa enak. Jangan kata resepi yang dikongsi tak kena.Haa.. kalau gitu jawapannya bukan salah resepi. Tepuk dada, tanya tangan sendiri.
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar – di potong dadu
1 biji tomato – di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api – Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar – Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Ambil air rebusan ikan dan masukkan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata
4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
# Selamat mencuba.
Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.
Bagi yang tak tahu nak rebus ikan macam mana, tonton video ini.
Sumber/Foto/Video: Facebook Puan Roshima Ibrahim Shima via Mingguan Wanita