Ini cara betul masak resepi air asam ikan kembung. Boleh juga ditukar dengan daging atau jenis ikan yang lain. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Roshima Ibrahim Shimabeserta dengan video panduan sukatan air merebus ikan.
Teknik yang diajar ini akan buatkan rasa masakan lengkap, lemak, masam, masin semua ada. Buat mak-mak yang masih keliru macam mana nak buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ini, boleh teliti cara-cara membuatnya. Bolehlah dicuba untuk masakan keluarga tengah hari nanti.
Tapi, bila hakak dah beri cara-cara memasak tetap juga tak rasa enak. Jangan kata resepi yang dikongsi tak kena.Haa.. kalau gitu jawapannya bukan salah resepi. Tepuk dada, tanya tangan sendiri.
Cara Betul Resepi Air Asam Ikan Kembung
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar – di potong dadu
1 biji tomato – di potong dadu
1 biji limau kasturi
Ads
4 biji cili api – Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar – Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Ads
Garam
Cara Membuatnya
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Ambil air rebusan ikan dan masukkan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata
Ads
4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
# Selamat mencuba.
Nota:
Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.
Sukatan Air Rebusan Ikan, Jangan Sampai Ikan Tenggelam
Bagi yang tak tahu nak rebus ikan macam mana, tonton video ini.
Sumber/Foto/Video: Facebook Puan Roshima Ibrahim Shima via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kejadian jenayah yang sungguh menyayat hati apabila, anak sendiri yang menyaksikan pembunuhan si ibu. Sungguh tak dapat dibayangkan trauma yang perlu dilalui sepanjang hayat anak ini.
Kesan Tikaman Pada Badan
Ia susulan kejadian seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada anggota badan di bilik sewanya, di sebuah bangunan di Bandar Baru Batu Kawah di sini pada Ahad.
Lebih menyedihkan, menurut sumber, kematian wanita terbabit dipercayai disaksikan sendiri oleh anaknya yang berusia lima tahun.
Katanya, kejadian itu disedari oleh kenalan mangsa yang juga seorang pengusaha kedai kopi di premis berhampiran.
“Terdahulu, anak mangsa telah berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi terbabit.
“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit telah membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka, dan menemui mangsa yang berlumuran darah.
“Pengusaha terbabit kemudian segera melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis,” katanya di sini, pada Ahad.
Tinggal Bersama Anak
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 petang itu.
“Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.
“Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun,” katanya.
Mingguan Wanita:Allahuakbar, tak dapat bayangkan kesan trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, apabila melihat ibu sendiri berlumuran darah, dibunuh dengan kejam.Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga pelaku dapat ditangkap dan dibawa ke muka keadilan.
Jasa dan pengorbanan ibu memang tak mampu terbalas. Sebagai anak, selagi berpeluang, taburlah jasa berbakti pada mak dan ayah tersayang dan buatlah sehabis baik untuk mereka selagi mereka masih ada di dunia.
Pelawak Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah,34 baru-baru ini telah bergegas ke pulang ke Batu Pahat untuk melihat keadaan ibunya. Achey berkongsi berita bahawa hasil pemeriksaan menyeluruh, ibunya telah dikesan mempunyai penyakit dan dimasukkan ke hospital. Meskipun tidak dinyatakan jenis penyakitnya, beberapan luahan Juara program Bintang Mencari Bintang ini di media sosial cukup meruntun hati ramai.
“Mak kuat ya mak, takpe achey ada. Untuk mak aku takkan tarik hand brake, apa ada kita usaha.
“Harini full check up apa penyakit mak. Alhamdulillah satu persatu dapat detect. Apa sahaja untuk mak, kami akan berikan yang terbaik”
“Lepas ni kalau korang tengok aku ada jual harta-harta kesayangan tu.Paham-paham je la ok.
Difahamkan mak Achey telah dipindahkan dari Hospital di Batu Pahat ke salah sebuah hospital di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut. Achey turut menemani ibunya di dalam ambulance sewaktu pemindahan tersebut.
Terima Kasih Doakan Mak
Sementara itu, ramai rakan artis dan peminat turut mendoakan agar ibu Achey diberikan kesembuhan, diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.Antaranya seperti Johan dan Ozlynn, Datin Emylia Rosnaida, Adifashla, Anuar Zain, Fadzil zahari, Dato’ Sri Aliff Syukri, Pekin, Angah Lawaking, FakhrulUnic, Edika Yusof dan sebagainya.
Didalam Insta Story, Achey mengucapkan terima kasih terutamanya buat ahli keluarga, isteri, adik beradik dan rakan-rakan yang mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan buat ibunya.
Mingguan Wanita: Walauapapun kesakitan yang dialami semoga mak Achey diberikan kesembuhan dan kembali sihat. Sebagai anak, inilah masanya kita lakukan sehabis baik, berbakti pada mak dan balas jasa pengorbanannya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Tak pelah, bangun pagi esoklah baru masuk bilik air dan buang air kecil….
Itu adalah perkara biasa bagi kita terutamanya bila mata sudah betul-betul mengantuk. Sanggup menahan kecing dan terus tidur. Namun, tahukah kita, bila menahan kencing pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku terutamanya masalah jantung dan seterusnya membawa kepada strok.
Beberapa info yang perlu kita tahu tentang punca kesihatan akibat malas kencing malam.
Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah kencing malam.
Oleh kerana malas untuk kencing malam, mereka tidak minum air. Ada juga yang tidak minum air sebelum tidur dan minum air selepas buang air kecil. Ini adalah penyebab utama penyumbatan pembuluh darah otak di kalangan orang tua pada waktu pagi.
Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah penuaan fungsi jantung. Daya kekuatan darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurangan.
Pada malam hari ketika berbaring tidur, bahagian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.
Terlalu banyak air, ginjal mula berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan rasa ingin kencing pada waktu malam.
Biasanya semasa tidur antara 3-4 jam, kita akan ke tandas untuk pertama kali.
Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas buat kali kedua.
Punca Utama Penyumbatan Pembuluh Darah Otak
Setelah dua atau tiga kali buang air kecil, air dalam darah akan berkurang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang berhawa dingin.
Saat tidur, metabolisme tubuh perlahan, denyut jantung menjadi lambat sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bahagian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.
Inilah sebabnya mengapa hampir selalu terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak di waktu pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Saat yang paling parah adalah meninggal waktu tidur!
Kesimpulan :
1. Kencing malam bukan masalah pundi kencing tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.
2.Sebelum tidur harus minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam.
3.Perlu banyak senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung.
4.Harus menolak makanan yang tidak sihat terutama yang kadar tepungnya tinggi dan gorengan, telur, seafood & lainnya. Pegambilan yang berlebihan akan akan membuat pembuluh darah anda cepat menua.
JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...