Cara Betul Pilih Pelembap Jenis Gel, Sesuai Dengan Kulit Muka

Di pasaran terdapat pelbagai jenis pelembap untuk kulit wajah wanita. Ada yang jenis krim, losyen malah pelembap jenis gel yang setiapnya sesuai digunakan untuk kulit tertentu. Misalnya, kulit kering, berminyak, normal malah sensitif.

Ramai yang membincangkan tentang memilih pelembap yang sesuai ikut jenis kulit muka, tapi tahukah anda cara betul memilih pelembap jenis gel di pasaran? Sebelum itu hadamkan dahulu, mengapa pelembap jenis gel ini punya kelebihan pada kulit wajah anda.

Ini Kelebihan Pelembap Jenis Gel

Cara Betul Pilih Pelembap Jenis Gel, Sesuai Dengan Kulit Muka

Diperbuat Daripada Bahan Berasaskan Air

Pelembap jenis gel ini mengandungi bahan asas daripada air. Sebab itu, ianya ringan dan lembut untuk kulit wajah. Malah, ia tidak menyumbatkan pori-pori.

Berbanding pelembap bertekstur krim yang lebih berat hingga boleh menyebabkan pemilik kulit berminyak mengalami pori-pori tersumbat. Lama-kelamaan boleh menyebabkan masalah jerawat.

Daya Serapan Lebih Baik, Tidak berminyak

Bahan asas daripada air membolehkan pelembap jenis gel mudah diserap oleh kulit wajah. Sebaik anda menyapu pada wajah, ia terus menyerap ke dalam kulit. Jadi anda tak perlu tunggu lama untuk melakukan aktiviti seterusnya pada wajah.

Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi kerana gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Daya serapan yang baik membantu kulit menerima lembapan yang mencukupi sekaligus memperbaiki masalah kulit kendur.

Sesuai Dengan Cuaca Panas Di Malaysia!

Dalam keadaan cuaca yang panas ini, kulit wajah berminyak mudah naik jerawat. Sebab itulah, perlu elakkan penggunaan pelembap jenis krim. Pilihlah pelembap jenis gel yang lebih selesa untuk kulit wajah anda. Dengan daya serapan yang tinggi, kulit pun jadi tak mudah berminyak bila dalam keadaan cuaca panas.

IKLAN

Cara Betul Pilih Pelembap Jenis Gel, Sesuai Dengan Kulit Muka

Bagaimana Cara Terbaik Pilih Pelembap Jenis Gel Di Pasaran

Setelah anda mengetahui kelebihan pelembap jenis gel. Anda tentu tertanya-tanya bagaimana mahu memilih pelembap jenis gel yang baik dan sesuai ikut jenis kulit wajah. MW tunjukkan panduannya.

Pertimbangkan Kandungan Bahan Dalam Pelembap

Sebelum membeli pelembap jenis gel, anda perlu pertimbangkan hal ini. Adakah pelembap anda itu mengandungi SPF yang melindungi daripada sinar UV (ultralembayung), adakah ianya antioksidan, tidak mengandungi pewangi dan mengandungi zat yang baik untuk kulit.

Kesemua kelebihan ini akan melindungi kulit wajah jika dipakai secara konsisten untuk jangka panjang. Kulit jadi lembut, lembap dan lebih anjal.

Neutrogena Hydro Boost Water Gel yang ada di pasaran, merupakan produk yang diiktiraf dan mencapai jualan terbaik kerana diformulasi dengan gel berasaskan air yang terbukti cepat meresap ke dalam kulit. Malah, memberi kesan lembapan yang cepat terhadap kulit kering.

IKLAN

Ia mengandungi hyaluronic acid (HA) yang memberi manfaat pada kulit wajah. Ianya telahpun diuji oleh pakar dermalogi. Formulasi inilah yang melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Ianya juga telah menembusi paten teknologi superior dengan kandungan ekstrak yis Kiwi Prebiotik sebanyak 5% yang merangsang kulit untuk menghasilkan HA nya sendiri. Menerusi penghidratan yang mendalam jauh dari apa yang anda bayangkan.

Tak Menyebabkan Kulit Wajah Menjadi Kering

Carilah pelembap gel yang bebas alkohol. Neutrogena Hydro Boost Water Gel misalnya seratus peratus adalah bebas alkohol. Malah, ia juga ‘non-comedogenic’, yang mana jenis ini tak menyebabkan liang pori-pori jadi tersumbat.

Pelembap Neutrogena Hydro Boost Water Gel juga bebas minyak, bermakna anda tak perlu berasa susah hati untuk memakainya. Malah, gunakan pelembap ini sebagai pelapis asas sebelum mengenakan alat solekan. Tentunya, solekan akan jadi lebih lembut dan naik serinya.

IKLAN

Ianya sangat sesuai untuk kulit jenis kering, kerana memberi kelembapan segera pada kulit sebegini.

Cara Betul Pilih Pelembap Jenis Gel, Sesuai Dengan Kulit Muka

Tak Beri Kesan Terbakar Pada Kulit

Sekiranya anda menyapu pelembap pada kulit wajah. Dalam masa beberapa minit, merasakan ketakselesaan pada kulit. Jelaslah bahawa pelembap yang anda pilih itu tidak sesuai. Kerana ia memberi kesan merengsa pada kulit.

Pelembap jenis gel tentunya tidak memberi kesan kerengsaan memandangkan ianya diperbuat daripada air. Malah, tak memberi kesan terbakar atau panas pada kulit wajah. Jangan tak tahu, pelembap jenis gel ini juga lagi-lagi yang mengandungi HA membolehkan kulit wajah kekal awet muda. Berupaya juga membuang sel kulit mati pada wajah anda.

Kelebihan ini menjadikan pelembap jenis gel Neutrogena Hydra Boost Water Gel antara yang terbaik di pasaran. Anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh dapat produk ini di :

Facebook : https://www.facebook.com/myneutrogena/
Instagram : https://www.instagram.com/neutrogenamy/
Website : https://www.neutrogena.com.my/
Lazada : https://www.lazada.com.my/products/neutrogena-hydro-boost-water-gel-50g-i352881267-s498892393.html?spm=a2o4k.seller.list.1.1615c349xRnias&mp=1
Shopee : https://shopee.com.my/Neutrogena-Hydro-Boost-Water-Gel-(50g)-i.62781995.1078001132
Hermo : https://www.hermo.my/mall/39516-neutrogena-hydro-boost-water-gel-50g/
Watsons Online : https://www.watsons.com.my/hydro-boost-water-gel-50g/p/BP_21207
Guardian Online : https://guardian.com.my/index.php/pbrand/neutrogena/neutrogena-hydro-boost-water-gel-50g.html



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI