Uncategorized

Cara Betul Pakai Tali Pinggang Keledar Untuk Ibu Hamil, Selesa Dan Taklah Sesak Nafas

Share

Ada sesetengah ibu hamil jadi sesak nafas bila pakai tali pinggang keledar (seat belt). Sudahnya mereka pilih untuk tak pakai. Sebenarnya pilihan yang ibu hamil buat itu membahayakan nyawa.

Jika berlaku kemalangan, mereka juga terdedah dengan risiko kecederaan. Lagilah bawa satu nyawa lain dalam badan. Sebab itu, ibu hamil kena belajar cara betul lagi selamat, pakai seat belt.

Bila betul cara pakai, nafas pun tak jadi sesak. Selesa je ketika memandu atau pun semasa duduk di sebelah seat pemandu tu. Rujuk panduan yang dikongsikan Hayati Abu Hassan

ini.

 

Cara Betul, Selesa Pakai Tali Pinggang Keledar Untuk Ibu Hamil

Saya pernah terbaca di wall saya, seorang suami menulis tentang kisah dia menengking seorang pegawai JPJ yang menegur isterinya untuk memakai seat belt di dalam satu sekatan jalan raya.” Terang Hayati.

Ada mitos mengatakan seat belt boleh mencederakan bayi di dalam kandungan!
Sebenarnya, WANITA HAMIL WAJIB MEMAKAI SEAT BELT / TALI PINGGANG KELEDAR!

Berikut cara pemakaian seat belt yang betul bagi wanita hamil untuk menjaga keselamatan si ibu dan anak dalam kandungan.

1. Selalu pakai kedua tali pinggang keledar, baik yang di pangkuan (lap belt) dan yang di bahu (shoulder strap).

2. Pasang lap belt di bawah perut dan di atas pinggul. Jangan sesekali mengenakan lap belt di atas kawasan perut. Cara ini boleh membahayakan kandungan jika terjadinya kemalangan dan seat belt mengetat!

3. Tempatkan shoulder strap di antara kedua payudara dan mengarah ke sisi perut.

4. Laraskan panjang tali sehingga ia rasa selesa untuk anda.

5. Bagi pemandu yang hamil, dinasihatkan untuk meninggikan sedikit kedudukan stering

untuk memudahkan pergerakan.

Mudah kan?

Tip’s ini juga boleh diamalkan oleh bapa-bapa yang hamil bertahun-tahun tapi tidak juga melahirkan. Pemeriksaan terhadap perut bapa perlu dilakukan, bimbang bayi telah mati dalam kandungan.

Sumber/Foto : Hayati Abu Hassan, Akak JKJR sayang kamu

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer