Cara Betul Masak Sagu Supaya Tak Berketul, Tahan 2 minggu Dalam Peti Ais

Share

Tak semua pandai masak sagu dengan betul. Silap cara masuk air lebih, masih ada biji-biji sagu dan melekat-lekat, berketul. Mulalah hilang mood nak makan sagu gula melaka.

Bagi mak-mak yang masih ‘fail’ nak masak sagu, ada cara yang boleh membantu. Katanya bukan setakat sagu nampak cantik sebiji-sebiji tapi mampu tahan lama dalam peti ais, lebih kurang 1-2 minggu lamanya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sedapnya Burger Tepi Jalan, Peniaga ini Kongsi Cara Masak Di Rumah, Jangan Kedekut Bahan!

Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, PETUA Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!

Masak Sagu Tahan 2 Minggu

Dalam perkongsian Aisya Humaira, dia masak sagu berbintil cantik dan tak melekat dengan cara ini.

Caranya:

1. Didihkan air. Air betul-betul menggelegak baru masukkan sagu dalam periuk dan air mesti lebih dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.

2. Setelah sagu bertukar jadi jernih iaitu warna putih dah hilang, angkat periuk dan tuang sagu salam bakul dan bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya sagu tak terkeluar.

3. Simpan Ssgu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Tutup kemas dan simpan dalam peti air. Boleh tahan 1-2 minggu.

4. Cara ini sagu nampak cantik berbiji dan tidak melekat. Sedia guna untuk bila-bila masa.

5. Jika buat untuk manisansagu gula melaka, hanya campurkan air gula melaka, sagu dan susu cair. Boleh juga sudukan sagu dan masukkan dalam bubur yang telah siap.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Memang sedap makan sejuk-sejuk.

Sumber: Aisya Humaira

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora