Frozen food atau makanan sejuk beku memang antara makanan pilihan mak-mak yang sibuk. Ia memudahkan dan mempercepatkan masa mak di dapur. Rupanya ada cara yang betul nak pilih makanan sejuk beku di pasaraya. Pilihan yang tepat membantu mak-mak sediakan makanan selamat untuk keluarga dan anak-anak.
Consultant Dietitian, Nabeelah Azmi memaklumkan hal ini, ada 4 cara betul nak pilih makanan sejuk beku untuk disajikan pada anak-anak dan suami. Mudah saja rupanya tak berbelit-belit pun.
Kata Nabeelah, “Tipulah kan kalau ada orang cakap dia tak pernah makan makanan sejuk beku atau frozen food. Frozen food ni memang memudahkan kerja para ibu yang bekerja sebab ia sudah dimasak terlebih dahulu (pre-cooked) dengan cara goreng.
“Tapi, bila ia mudah dimasak, mudah juga untuk kita masuk ke hospital nanti kalau tak berjaga. Ok, jadi ini cara kalau anda nak pilih makanan sejuk beku dan baca label dengan betul.”
Kandungan protein WAJIB MELEBIHI lemak. Sebagai contoh gambar di bawah, Bella ada buat perbandingan A & B.
Gambar A menunjukkan kandungan protein lebih dari lemak untuk setiap hidangan: 12 g protein > 5g lemak. Jadi anda boleh lihat banyak isi ikan daripada lemak yang digunakan.
Gambar B protein kurang dari lemak jadi anda sudah tahu ia tidak sihat.
Kalau terpaksa juga pilih makanan sejuk beku ni atas alasan tak sempat masak atau tiada makanan segar, pilih yang banyak menggunakan sayuran, atau ikan. Kurangkan ayam dan daging.
Makanan sejuk beku ni dah digoreng sebelum dibekukan, jadi pilih cara masak yang lebih sihat seperti yang dicadangkan di atas.
Kurangkan kekerapan mengambil makanan sejuk beku. Sebab ia sejuk beku, masih ada bahan pengawet yang mungkin berbahaya untuk kesan masa panjang.
Sumber/Foto : NaBeelah Azmi