Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, pokok payah nak subur boleh cuba siram baja air ajinomoto ni.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!

Ajinomoto kaya dengan MSG yang mampu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.

Tak perlu selalu, siram sekali je seminggu. Namun walaupun nak buat mudah, kosnya pun murah ada cara betul nak gunakan baja air ajinomoto ni.

Baca Lagi Di Sini:
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Cara Betul Menggunakan Baja Air Ajinomoto Pada Tanaman

Menerusi perkongsian Growfigs ada cara betul untuk menggunakan Baja Air Ajinamoto ni

Caranya:

  • Satu paket kecil ajinamoto 33g campur dengan satu baldi air (4gallon @15liter).
  • Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok.
  • Siram sekali seminggu sahaja. InsyaAllah menjadi.
  • Biasa kami siram pakai air baja ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok kunyit, limau purut, serai, pandan.

Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!

IKLAN

Menerusi perkongsian Puan Rozie Ziejy pula;

Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok.

PERTAMA:
1 sudu teh (5g) Ajinomoto untuk 1 pasu tanaman.

CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

IKLAN

KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.

Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.

2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Untuk umur tanaman setahun ke atas).

IKLAN

Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.

CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula
berbunga. Demikian juga pokok yang tidak pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudah cuba keadah ini, memang berkesan dan berhasil.

MW: Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur dan tak berbuah mahupun berbunga, boleh cuba siram dengan baja air ajinomoto ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber:Rozie Ziejy, Growfigs

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI