Garlic Chili Oil atau Minyak Cili Bawang Putih ni memang sedap jika kita tambah dalam bubur, sup ayam mahupun cicah untuk dumpling. Meskipun hanya 3 bahan yang digunakan untuk buat Garlic Chili Oil ini, namun jika salah caranya ia mudah hangit dan tak tahan lama.
Resepi Garlic Chili Oil, untuk dimakan bersama bubur, sup ayam dan cicah untuk dumpling.
Pagi-pagi dah dapat panggilan dari kawan di Kuantan, mengadu chili oil dia asyik tak jadi je. Kenapa hitam? Dah tengok tutorial di youtube pun masih jadi hangit. Bila saya tanya betul-betul cara dia masak, saya rasa takde masalah pun tapi kenapa chili oil dia cepat hangit.
Saya minta dia tunggu sekejap, saya ke dapur.Tak sampai 10 minit siap chili oil saya. Mudah je, cuma guna 3 bahan. Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Siap, khas untuk Azrina Azri.
Dulu saya buat berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak-banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resepi je senang, semua orang boleh buat.
2 sudu besar chili flakes
*Chili flakes yang saya guna ni, chili flakes korea (Gochugaru).
Sebelum ni saya guna chili flakes yang biasa, ada jual dipasar jenama Meriah – RM2 je. Sedap.
4 sekawan (Kayu manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga & Cengkih)
7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup. Cincang ya, bukan tumbuk bukan kisar hancur macam pes tu.Boleh guna mesin kisar tangan/manual.
Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
Masuukkan dahulu 4 sekawan.
Tunggu minyak panas, kemudian masukkan bawang putih, gaul dan masak.
Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.
Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin.Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.Garlic Chili oil baru siap masak.
Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Ini gambar chili oil saya yang dulu, makan dengan bubur kosong. Sedap.
Baca Lagi Di Sini :
Tak Perlu Beza Minyak Masak PAKET Atau BOTOL, Pentingnya Elak Guna Berulang Kali
Petua Pokok Berbuah Lebat, Tak Berulat, Tabur Garam & Guna Minyak Masak Terpakai
Makanan Berkuah Bertambah SEDAP, Masukkan 2,3 Sudu Minyak Bawang Putih!
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara betul nak buat Garlic Chili Oil, barulah tak hangit dan tahan lama. Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Zurina Zulkefli
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita