Bila anak makin membesar, dah tentu mak-mak akan ajar untuk bebas pampers. Tapi, ada masanya akan terbabas juga air kencing anak bila tak sempat unntuk ke tandas.
Satu hal pula mak ayah nak kena bersihkan air kencing anak. Tak bolehlah lap-lap saja sebab itu najis dan dah tentu tak sah solat kalau terkena.
Itu pada waktu siang, kalau tidur malam pun boleh jadi anak akan terkencing juga. Terkena tilam. Nak kena bersih betul-betul, tak bolehlah hanya sembur dengan pewangi untuk hilangkan bau.
Ada juga mak-mak biarkan air kencing anak kering begitu saja tanpa membersihkan. Kalau jenis yang tak serap, senanglajh untuk bersihkan. Tapi bagaimana dengan yang serap seeprti kusyen, sofa atau tilam.
Faham betul-betu apa yang dikongsikan oleh Zuraila Mohd Noor dalam bersihkan air kencing anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Nak Anak TIDUR AWAL Jangan Biarkan Perutnya Lapar Elak Berjaga Malam, Kena Biasakan!
Laga Gigi Masa Tidur Sebab Gangguan Pernafasan Bukannya Tanda ANAK DEGIL
Info Lebih Menarik DI SINI
Ada yang tanya macam mana kalau anak kencing atas tilam, sofa, kusyen kereta, karpet dan seangkatannya.
Yang ni kita sedia maklum kebanyakan jenis menyerap air bukan macam lantai rumah.
Konsep nak membersihkan masih sama,
Kena sedia kan bahan untuk hilangkan ain najis sama ada tisu, kain, vacum atau apa saja. Yang paling senang kita nak capai selalunya tisu atau kain kan.
Ambil tisu lap air kencing anak. Selagi tisu basah selagi itu maknanya ada najis. Lap lagi ulang banyak kali sampai kita rasa tisu atau kain yang kita gunakan dah tak basah dengan najis.
Bila dah yakin ambil air lalukan atau curahkan atau jiruskan ke atas tempat yang anak kencing tadi. Kalau jenis tilam atau sofa atau kusyen kereta jenis tak menyerap air boleh ambil satu bekas letak di bawah untuk menadah air yang akan menitik.
jenis yang memerangkap air tak apa biarkan air terperangkap di bahagian dalam yang penting permukaan di kira suci dan bersih dan bebas najis. Sebab kita tak pikul tilam atas belakang bila nak solat.
Bukan lah tak boleh nak gunakan sabun masa mencuci. Boleh bagi nak hilangkan jika ada bau. Tapi jangan campurkan sekali dengan air sebab syarat nak mensucikan najis ialah air suci lagi menyucikan.
Cara salah yang biasa orang buat,
Anak kencing atas tilam terus keringkan dan semburkan pewangi untuk hilangkan bau.
Anak kencing atas tilam terus curahkan air ke atas nya tanpa hilangkan ain najis dahulu.
Anak kencing atas tilam dibiarkan kering tanpa dicuci.
Anak kencing atas tilam bawa tilam jemur tengah panas tanpa cuci.
Bila ambil wuduk tangan terpegang tilam yang bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila travel selesai ambil wuduk terpegang kusyen kereta bernajis dan bawa najis ke dalam solat.
Bila ambil wudukk terpijak karpet yang ada najis dan bawa najis ke dalam solat.
” Kalau saya angkat saja terus masuk bilik air cuci. “
Ya. Terpulang atas diri sendiri. Tapi keadaan setiap orang tak sama. Ada orang ada punca air yang terhad. Ada orang duduk rumah tinggi tak ada halaman. Ada orang duduk rumah kos rendah yang bilik air cuma muat badan sendiri saja. Islam sediakan solusi yang sesuai dengan semua orang.
” Saya basuh ulang tiga kali. Lagi suci lagi menyucikan. “
Ya. Juga terpulang kepada diri sendiri. Kalau ain najis dah dihilangkan dengan sekali ia dah dikira suci. Kalau ain najis belum hilang dengan sekali boleh ulang sehingga ain najis hilang. Kalau nak ulang sampai sepuluh kali pun tak ada masalah tapi membawa kepada pembaziran pula.
Dalam hal ini, Imam Al Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa,
لو أحمى حديد ثُمَّ صَبَّ عَلَيْهَا سُمًّا أَوْ غَسَلَهَا فِيهِ فَشَرِبَتْهُ ثُمَّ غُسِلَتْ بِالْمَاءِ طَهُرَتْ لِأَنَّ الطَّهَارَاتِ كُلَّهَا إنَّمَا جُعِلَتْ عَلَى مَا يَظْهَرُ فِيهِ لَيْسَ عَلَى الْأَجْوَافِ
Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, najis tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
Islam itu mudah jangan disusahkan dan jangan pula dipermudah mudahkan.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah, kena beringat.
Sumber: Zuraila Mohd Noor
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita