Bulan puasa ni biasanya mak-mak yang paling sibuk, terkejar-kejar nak siapkan hidangan sahur dan berbuka untuk keluarga. Lebih-lebih lagi buat mak-mak yang bekerja dari rumah. Selain beli je secara online, ada yang lebih suka masak dengan air tangan sendiri. Lebih puas hati, ikut citarasa dan paling penting yakin tahap kebersihannya.
Salah satu cara untuk menjimatkan masa dan elakkan diri terkejar-kejar untuk memasak ialah dengan menyediakan beberapa jenis lauk dan bekukannya dalam peti sejuk.Namun untuk bekukan makanan ini ada cara betul dan selamat yang perlu dipelajari. Barulah tak sakit perut atau keracunan makanan pulak nanti.
Jemput baca perkongsian daripada Puan Busseroa Abd Jalil ini sebagai panduan;
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
1.Bekukan terus selepas dimasak. Suam-suam sikit dah boleh simpan.
2.Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
3.Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
4.Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
5.Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan dari sumber-sumber lain:
– Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
– Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
– Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
Info gambar:
– Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak-anak setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
– Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
– Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.
MW: Perkongsian info dan ilmu yang bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang rancang simpan masakan untuk dibekukan bagi memudahkan kerja-kerja memasak sepanjang bulan puasa, ikut cara yang dikongsikan ini iya.
Sumber: Busseroa Abd Jalil
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI