Cara Betul Basuh Toto Guna Mesin Basuh Macam Kedai Dobi, Span Pun Tak Rosak

Share

‘Bercinta’ betul kalau nak basuh toto. Saiznya boleh tahan besar dan dah tentu-tentu tak muat kalau basuh guna mesin basuh di rumah. Jawabnya, kena hantar dobi.

Rupanya, mak-mak tak perlu pening kepala nak hantar dobi basuh toto. Boleh saja guna mesin basuh di rumah. Tapi, jangan main masuk terus toto tu. Memang tak akan muat, ada caranya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Kupas Telur Dengan Mudah, Tak Bergerutu, Masa Rebus Masukkan Garam & Minyak

Petua Halau Cicak, Guna Tembakau & Serbuk Kopi, Bukan Saja Hilang Tapi ‘Mematikan’

Info Lebih Menarik DI SINI

Basuh Toto, Gulung Dulu

Bila nak basuh toto, jangan sesekali sumbat terus ke dalam mesin basuh. Memang tak akan muat dan mungkin cara pembersihannya pun tak sekata. Jadi, nak pastikan span toto tak rosak, kena pastikan gulung ikut cara yang betul.

Tip Basuh Toto

NAK BELI TOTO NARITA/KING YANG MURAH

Caranya mudah ya amat.

Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.

INFO

  1. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
  2. Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja
  3. Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu.
  4. Selepas itu, baru boleh masuk mesin.

Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.

1. Gulung comforter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8 kg.

2. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.

3. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.

Semoga bermanfaat.

Mingguan Wanita : Dah tahu caranya, tak perlulah nak hantar dobi lagi. Basuh sendiri kat rumah. Jimat duit.

Sumber: Nurul Ain Syed Mohd

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita

Published by
Nora