Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib
Januari 29, 2022
Share
Macam-macam boleh buat dengan pemanggang ajaib ini. Berguna saat mak-mak teringin nak bakar kek, tart, biskut, puding roti mahu kuih tradisi tapi tak ada oven. Syaratnya kena ikut stepnya yang betul. Barulah kek menjadi dengan sedap malah cantik.
Puan Azureen Muffardi cuma menggunakan pemanggang ajaib saja untuk membakar segala jenis kek, tart, biskut, puding roti malah kuih akok yang dihasilkan. Jom! belajar cara betul menggunakan pemanggang bagi menjadi hasilnya.
Katanya, “Saya tak ada oven tapi selama tak ada oven saya bakar kek, tart, biskut, akok, puding roti dan semua yang berasaskan bakar menggunakan PEMANGGANG AJAIB/ KUALI AJAIB/ PERIUK KUKUS.
“JANGAN SEBAB TAK ADA OVEN KITA DOWN”
Panduan Semasa Membakar
√ Semasa membakar, pemanggang perlu ditutup.
√ Gunakan saiz loyang yang sesuai dengan pemanggang yang ada di rumah kita.
√ Jenis pemanggang ajaib yang saya gunakan :
Tinggi pemanggang ajaib : 7cm
Saiz loyang untuk bulat : saiz 7
Saiz loyang untuk petak : 7×7
Tinggi loyang : 4.5cm
√ Jika adunan kek kita banyak, bahagikan kepada dua. Sebab pemanggang tak besar macam oven.
√ Gunakan api perlahan. Rujuk gambar di atas untuk tengok api besar mana.
Bakar Biskut
Gunakan kertas minyak kerana tak nak bagi mudah hangus kat dasar biskut. Lagipun, senang nak angkat masuk, angkat keluar biskut tu semua.
Biskut yang siap dibakar, kena rehatkan dulu di luar sampai sejuk. Bila dah sejuk baru masuk balang. Baru tahu tekstur dia macam mana, lembut atau keras.
Bakar Cupcake
Tak perlu letak air, sebab kita nak bakar. Bukan nak kukus.
Bekas aluminium tu boleh digunakan semula.
Masa diperlukan dalam 15 ke 20 minit. Tengok juga jenis keknya.
Bakar Tart Telur
Adunan dibakar sekali (shell + tart) sehingga masak untuk elak hangus.
Anggaran masa 15 minit, boleh check guna lidi.
Bakar Burn Cheese Cake
Guna loyang masukkan dalam pemanggang. Letak baking paper. Baking paper beli di kedai Eco RM2.10 untuk 5 meter.
Kejadiannya nanti, burnt tu duduk kat bawah bukan kat atas. Sebab kita tak ada api atas kan. Guna dapur gas api bawah je.
Check guna lidi nak tahu masak atau tak. Kalau belum sambung lagi bakar.
Untuk burn cheese cake saya ambil masa dalam sejam plus plus. Nak lagi burn lagi lama masa diambil.
Bakar Kek Minyak
Pemanggang kena tutup rapat. Tak rapat nanti berwap.
Api kena kecik (rujuk gambar api di atas).
Kejadian kek dalam loyang tak perlu dibalikkan.
Tak perlu pun nak panaskan dulu pemanggang ajaib. Boleh terus bakar.
Bakar sampai masak.
Bakar Kek Birthday
Untuk kek akan ambil masa 20 minit, saya akan bukak check guna lidi. Kalau belum masak, sambing masak. Bila dah masak terus angkat dan terbalikkan.