Setiap kali raya raya korban, selain daging dan tulang-tulang, bahagian yang turut menjadi ‘rebutan’ adalah perut lembu. Namun nak bersihkan nya bukan mudah, kena tau caranya. Barulah jadi putih bersih dan sesuai untuk dimasak nanti. Perut lembu rebus cicah air asam atau masak lemak cili padi, fuhh memang sedap terangkat!.
Perut lembu ni ramai yang tak nak setiap kali korban. Yelah warna hitam bau busuk cam tu kan. Ada cara dia nak bersihkan perut ni bagi bersih.
Cara saya bersihkan perut ni sangat mudah. Guna kapur makan, campur ke dalam air dan rendam perut sekejap.
Angkat nak berus dengan pisau macam dalam video ni.
Sekejap je hilang semua hitam yang ada hanya perut putih bersih memancar terus terbayang perut air asam kan?
Perut air asam tu ramai peminat lak kan? Sekejap je licin semua.
Cara siapkan Perut Rebus Air Asam Paling seksi abad ini ada di gambar ya.
Baca Lagi Di Sini:
Rupanya Rahsia Buat Air Asam Sedap,Tambah Kerisik & Belacan Tak Perlu Dibakar, Barulah Rasanya Asli!
Resepi Air Asam Ketagih, Boleh Buat Kita Rasa Nak Makan Hari-Hari
Perut lembu (dibersihkan & direbus)
Serai
Lada Hitam
Bawang Merah
Cili Merah
tomato
Air Asam Jawa
Gula
2. Kemudian hiriskan bawang merah, lada, tomato, air asam jawa, gula. Hiris dan Gaul semua.
3.Taraaaa jadi macam ni. Nak cicah pun boleh.
4.Nak gaul perut terus macam ni pun boleh. Letak bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika dapat perutlembut korban tu, boleh bersihkan ikut cara yang dikongsikan ni.Sedapnya, boleh buat Perut rebus air asam atau masak lemak cili padi pun boleh.
Sumber: Zarini Jaafar