Kalau nak lekatkan hati anak dengan al-Quran, inilah rahsia yang patut mak ayah amalkan. Tak boleh terlalu mengarah tetapi kita sendiri kena mulakan dan tunjuk contoh terbaik.
Untuk mendidik anak cintakan Al-Quran dari umur kanak-kanak, sila ikut cara yang Puan Siti Aminah Sulaiman amalkan…
Saya dah lama sedar, jika kita selalu latih anak untuk baca AlQuran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca AlQuran.
Jujurnya, anak saya juga saya ‘besarkan’ begini pada awalnya.
Walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun tetapi itu hasil selalu ‘disuruh’ dan diupah ‘reward’.
Saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak ‘lekatkan’ hati anak dengan AlQuran.
Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati saya awal.
Tak jemu sy berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yg tepat lahirkan anak CINTA Al Quran
Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun sy nampak perbezaan besar dalam ‘attitude baca AlQuran anak’.
Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak.
“Mak, I can’t stop baca AlQuran, dah ketagih ni…”
Lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir.
Allah, tidak dapat saya gambarkan perasaan saya… bahagia yang amat.
Rupanya Allah menegur saya… saya dulu perlu berubah.
Beberapa perubahan yang saya buat sebelum saya dapat nampak ‘perubahan’ dalam diri anak:
saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang-kadang saja baca AlQuran, kini saya peruntukkan wajib setiap hari ada slot sy sendiri baca AlQuran. Antara maghrib ke Isya’ saya akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya… pastikan diri saya duduk mengulang AlQuran.
Saya mula nampak perubahan anak pada masa ni… mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata, hari seterusnya bila saya konsisten mengulang AlQuran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yang dah dihafaz. Saya tak perlu ‘SURUH’ lagi dan ia berlangsung setiap hari.
Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan… baca Surah Al kahfi bergilir-gilir
Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir.
Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi.
Saya mula bertadabbur terjemahan AlQuran… lalu saya bercerita pada anak terjemahan surah… datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama.
Kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz. Saya nampak sinar dimata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yang dia hafaz sebelum ni. MasyaAllah, indah bercinta dengan AlQuran.
Jika sebelum ni selalu saya minta anak menghafaz sendiri, terbaru ni saya cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat. Baru saya tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui. Letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz.
Bila nampak anak saya mula nak baca AlQuran tanpa disuruh, saya bercerita perihal anak pada suami
biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira.
Seriously saya dan berhenti semua reward dan tutup mulut daripada suruh anak mengulang Al Quran.
Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan AlQuran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN
Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran.
Segera TAKE ACTIONS dan berubah sama-sama kita lahirkan keluarga cinta AlQuran.