Memang geram bila kucing suka berak mahupun kencing merata baik dalam mahupun luar rumah. Selain bau busuk, menambahkan kerja pulak nak kena bersihkan setiap hari.Bukan apa, kucing ni dia ada satu tabiat suka membuang najis di tempat yang sama, walaupun dah berkali-kali kita bersihkan. Contohnya di garaj kereta.
Mak-mak tak perlu sakit hati dan susah-susah dah, boleh cuba tips yang digunakan oleh Puan Ella Ahmad ini untuk elakkan kucing selalu berak mahupun kencing merata dengan cara yang cukup mudah iaitu semburan campuran cuka dan pelembut pakaian sahaja!
Suri rumah dan jurumekap sambilan ini menghasilkan sendiri campuran tersebut dan ia terbukti keberkesanannya.
Kencing/tahi kucing bersepah-sepah dekat garaj kereta. Pernah tak jadi camni? Yang letak air merah dalam botol dah tak jalan..kucing sekarang dah sekolah. Ok saya nak share ape yang saya buat supaya kucing-kucing ni tak berak/kencing dekat car porch.
P/s : Resepi buat sendiri je fikir logik akal. Caranya dalam setiap gambar ye.Jangan risau simple sangat.
1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dia masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak dekat tempat yang disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape sebab nak bagi wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la sikit baunya.)
3. Air paip (agak-agak laa sampai penuh bekas spray).
Bekas spray beli kat kedai eco je.
Isi semua bahan-bahan dalam botol spray ni, goncang-goncangkan dah boleh spray dekat tempat mana yang kucing suka kencing/berak.
Alhamdulillah setakat ni car porch sis dah bebas bau kencing kucing..kalau tak, bukak je sliding door rase nak pengsan.
Selamat mencuba!
MW: Semoga bermanfaat perkongsian ini. Jadi buat mak-mak yang ada masalah kucing buang najis merata-rata di rumah, boleh mencuba tips yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Sumber: Ella Ahmad