Cara Bapa Muda Bedung Anak Kecil Bikin Ramai Terhibur, “Ingat Ketayap Atau Vietnam Roll Ke…

Share

Cara bapa muda bedung anak kecil bikin ramai terhibur, ingat ketayap atau Vietnam roll ke. Anak adalah penghubung kasih sayang suami isteri. Memiliki anak di usia muda adalah satu kurniaan terindah bagi pasangan yang memilih berkahwin di usia muda.

Walau agak kekok kerana belum biasa tetapi cabaran-cabaran menguruskan anak kecil beginilah yang membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Cara Bapa Muda Bedung Anak Kecil Bikin Ramai Terhibur

Satu perkongsian di Tik Tok @hanafamily23 membuatkan ramai terhibur apabila bapa muda ini dilihat cuba membantu isteri dengan membedung anak kecil mereka.

@hanafamily23 Bedung style apeni? #anakbapak #fyp ♬ Funny – Gold-Tiger

 Namun caranya membedung buat ramai yang ketawa kerana caranya membedung  seolah-olah dirinya sedang menggulung kuih ketayap atau Vietnam roll.

“Ingat Ketayap Atau Vietnam Roll Ke…

Bahkan gelagatnya itu membuatkan isterinya terhibur saat melihat gelagat suaminya yang tidak berapa mahir membedung sehingga menyebabkan dia menggulingkan anak mereka supaya bayi mereka  dapat dibalut sepenuhnya.

Perkongsian ini mendapat tontonan 2.4 juta dan ramai menyifatkan ianya mesti kerja orang lelaki. Bahkan ada yang kata, caranya membedung umpama melipat Vietnam Roll dan kuih ketayap terlebih inti.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-18 Tahun Cuba Dapat Lesen Memandu, Akhirnya Lulus Percubaan Kali Ke-960!

“Cucu Ke Anak?” Wajah Awet Muda Buat Ramai Tak Sangka Nazseli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu

Jodoh Lelaki Muda Beza Usia 37 Tahun, Wanita Akui Ramai Bertanya “Ini Anak Ke”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros