Cara bapa muda bedung anak kecil bikin ramai terhibur, ingat ketayap atau Vietnam roll ke. Anak adalah penghubung kasih sayang suami isteri. Memiliki anak di usia muda adalah satu kurniaan terindah bagi pasangan yang memilih berkahwin di usia muda.
Walau agak kekok kerana belum biasa tetapi cabaran-cabaran menguruskan anak kecil beginilah yang membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
Cara Bapa Muda Bedung Anak Kecil Bikin Ramai Terhibur
Satu perkongsian di Tik Tok @hanafamily23 membuatkan ramai terhibur apabila bapa muda ini dilihat cuba membantu isteri dengan membedung anak kecil mereka.
Namun caranya membedung buat ramai yang ketawa kerana caranya membedung seolah-olah dirinya sedang menggulung kuih ketayap atau Vietnam roll.
“Ingat Ketayap Atau Vietnam Roll Ke…
Bahkan gelagatnya itu membuatkan isterinya terhibur saat melihat gelagat suaminya yang tidak berapa mahir membedung sehingga menyebabkan dia menggulingkan anak mereka supaya bayi mereka dapat dibalut sepenuhnya.
Perkongsian ini mendapat tontonan 2.4 juta dan ramai menyifatkan ianya mesti kerja orang lelaki. Bahkan ada yang kata, caranya membedung umpama melipat Vietnam Roll dan kuih ketayap terlebih inti.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Santan memang banyak digunakan dalam masakan harian seperti kari, masak lemak, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Masakan menggunakan santan segar yang diperah boleh menyedapkan lagi rasanya berbanding jika gunakan santan segera yang didalam kotak.
Namun perkara yang sering menjadi masalah bagi santan segar ialah ia tak tahan lama dan mudah basi. Malah, jika di simpan di tempat beku didalam peti sejuk ia jadi berketul-ketul,cair dan mengakibatkan kuah pun jadi tak cantik.
Melalui perkongsian dari Radhiah Izzati, ada petua dan cara simpan santan yang tersendiri agar ia tahan lebih lama, tetap pekat dan kekal segar.
Menurut beliau, petua ini perolehi daripada seorang peniaga nasi lemak. Mak-mak bolehlah mencuba petua ini iya, jadi tak lah membazir kalau santan basi.
Caranya:
1.Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
2.Bungkuskan santan dengan helaian surat khabar tersebut.
3. Simpan di tempat beku dalam peti sejuk.
Hasilnya, kertas surat khabar dan santan tersebut membeku,tetapi santan kekal segar dan pekat selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah simpanan biasa yang terpisah kandungan santan di bawah, air di atas.
Panas dari semalam kes lelaki lempang wanita di media sosial, dan akhirnya polis memburu lelaki yang melempang muka serta menumbuk kepala wanita yang memandu kereta Honda Civic dalam perselisihan faham yang berlaku di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
Tak boleh nak bayangkan macam mana keadaan wanita itu bila kena lempang, tetapi rasa macam kejam sangat bila tangan yang melekat di muka daripada kudrat seorang lelaki.
Kejadian Lempang Itu Bermula Di Sini
Ramai netizen yang bengang dengan kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang semalam apabila lelaki yang menunggang motosikal Honda Dash datang dari arah belakang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan.
Melalui video yang tular rakaman berdurasi 34 saat semalam, suspek menuduh mangsa memasuki simpang jalan tanpa memberikan lampu isyarat.
Selepas itu, suspek kemudian membuka topi keledar dipakai dan menghentak bumbung kereta mangsa.
Akibat tindakan itu, mangsa kemudian keluar bagi melihat kerosakan pada keretanya sebelum suspek yang memaki hamunnya bertindak menampar muka serta menumbuk kepalanya.
Menerusia rakaman video dirakam pengguna jalan raya lain menunjukkan tindakan lelaki itu yang melempang wanita terbabit menggunakan tangan kanan pada muka sebelah kiri serta menumbuk kepala menggunakan tangan kirinya sebelum dileraikan orang ramai.
Lelaki Itu Ada Rekod Jenayah
Mangsa kemudian dibantu orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis serta rawatan di Hospital Ampang.
Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan dengan sengaja serta kerana melakukan khianat.
Namun hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan khianat.
Susulan itu, tindakan mengesan suspek kini sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor R Sivanathan di talian 016-5903985 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Rata-rata golongan wanita meninggalkan komen marah sebab lelaki itu memilih guna cara yang kasar.
Sumber Info Berita: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nikah sempadan bukan murah, ejen dedah kos cecah RM10,000 bagi golongan VIP. Isu pengarah Syamsul Yusof yang mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di sempadan dua hari lalu menarik minat ramai hinggakan jelas kelihatan rakyat Malaysia dilihat memberikan sokongan moral kepada Puteri Sarah Liyana.
Ditambah sokongan dari kedua ibu bapa Syamsul yang dilihat sama memberikan kata-kata semangat buat menantunya itu, jelas isu perkahwinan pengarah tersohor itu yang memilih Ira Kazar sebagai suri hatinya dilihat hanya menerima kecaman dari orang ramai.
Di sebalik isu kahwin di sempadan seperti diakui oleh Syamsul, nikah di sempadan tidaklah semurah disangka oleh orang ramai. Kosnya mengikut pakej, murah dan mahal dan bermula dari RM2000 ke RM10,000 bagi golongan VIP.
Memetik Sinar Harian, seorang ejen mendedahkan permintaan menikah di sempadan meningkat dua kali ganda sejak pintu sempadan dibuka, menunjukkan lelaki memilih “jalan mudah” berpoligami.
Permintaan pasangan Malaysia untuk mengadakan pernikahan di Thailand tahun lalu meningkat dua kali ganda.
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang ejen nikah sempadan mahu dikenali Kamal, 50, berkata, jika sebelum ini mereka menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan yang mahu menggunakan perkhidmatan, namun jumlah itu melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.
“Disebabkan dua tahun sempadan tidak dibuka, jadi banyak urusan pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh.
“Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendadak. Begitupun kita terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa bagi memudahkan proses urusan agar berjalan lancar,” katanya.
Kamal yang telah berpengalaman lebih 12 tahun dalam perkhidmatan itu memberitahu, di Songkhla sahaja, tidak kurang 20 pasangan dari Malaysia bernikah setiap hari dan jumlah itu akan bertambah apabila tibanya musim cuti sekolah.
“Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.
“Paling kerap adalah di Songkhla kerana kedudukannya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan,” katanya.
Beliau mengakui kebanyakan pasangan negara ini sanggup mengambil risiko bernikah di sempadan kerana proses pendaftarannya lebih mudah terutama bagi urusan berpoligami.
Katanya, mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan mengikut pakej yang ditawarkan antara RM2,000 ke RM5,000 untuk kumpulan biasa serta serendah RM10,000 bagi golongan kenamaan asalkan segala urusan lancar.
“Bayaran ini termasuklah bagi urusan keluar masuk sempadan, urusan nikah, bayaran imam dan jurunikah bertauliah serta segala dokumen berkaitan nikah,” katanya.
Doktor dedah rahsia pewarna merah pada kek & makanan, sebenarnya kita telan parasit. Siapa tidak terliur melihat warna kemerahan pada kek red valvet. Begitu...