Hidup ini mudah, bila kita memudahkan. Begitu juga dengan bahagia, tanda bahagia pasangan tidak bermakna perlukan rumah besar, kereta mewah, barang kemas hingga ke siku atau beranak ramai.
Bersyukurlah dengan setiap rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, insyallah mak,ayah akan merasa lebih bahagia. Setiap pasangan berbeza cara “bahagianya”. Dapat suami yang sentiasa menyokong pun ternyata sangat besar rahmat.
Ikuti perkongsian Shahidah Mardhiah Azmi ini dan fahami sebaiknya:
Humans glow differently when they are treated right and loved properly.
Itulah dia tanda perempuan bahagia. Bukan sebab ada duit banyak pun, bukan sebab ada anak ramai pun, bukan sebab dapat suami sado pun, tapi sebab ada pasangan yang supportive.
Banyak lagi contoh pasangan lain tapi saya paling suka dua pasangan ini.
Radhi dan Jay Shetty sudah berkahwin selama 4 tahun tapi masih lagi tiada anak. Radhi pun bila orang tanya pasal anak, dia diam. Dekat situ kita fahamlahkan, dia terkesan bila orang tanya pasal anak.
Tapi dia masih positif sebab pasangan dia supportive. Radhi ini dia gila-gila sikit. Boleh tengok Instagram Radhi, dia banyak main tik-tok. Yang record dan editnya Jay walaupun Jay ni dia serius, dia tak minat benda-benda macam itu tapi dia layankan saja asalkan Radhi ini gembira
Sugu dan Pavitra pun sama, walaupun ada anak tapi diuji dengan masalah kewangan pula. Sugu sebulan gajinya cuma RM1000. Pavitra pula suri rumah. Tapi sebab Sugu ini supportive, dia layankan saja minat pasangan dia yang rajin masak dan dia jadi tukang rekod, jadi Pavitra walaupun makan berkais sekalipun, tapi dia bahagia. Nampakkan riak wajah Pavitra yang glowing tiap kali muncul dalam video?
Sebab itu Islam pun ajar, hendak cari pasangan, tengok dulu akhlaknya. Bila akhlak pun ke laut, maka ramailah isteri menderita.
Tak payah tunggu derita fizikal, derita emosi pun ramai zaman sekarang ini bila ada pasangan yang tak pernah menghargai dan tak pernah ambil tahu cara nak menggembirakan hati isteri yang seharian penat menguruskan kehidupan.
MW: Bersyukurlah dengan apa adanya, hargailah pasangan yang masih di sisi walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dalam rumahtangga. Sentiasa menyokong antara satu sama lain, insyallah kekurangan yang kecil dapat diatasi. Sesekali hadiahkanlah sesuatu untuk pasangan untuk ambil hatinya, klik sahaja di sini.
Sumber: Shahidah Mardhiah Azmi