Cara dan petua orang lama dalam menjaga kecantikan memang banyak. Jika diamalkan secara konsisten, ia boleh menampakkan hasilnya.
Mata yang cantik dan bercahaya, bebas daripada masalah kantung mata (eye bag) atau lingkaran hitam, pasti memukau pandangan sesiapa saja yang menatapnya. Sebab itulah, mata juga perlu dirawat dan dijaga sebaik mungkin, apatah lagi ia merupakan salah satu pancaindera yang cukup penting untuk diri kita.
Sedikit minyak Zaitun
½ sudu teh madu
1 batang timun
Sedikit madu
Lagi artikel:
Guna Kiub Timun Madu, Petua Cantik Hilangkan Lebam Bawah Mata, Kulit Muka Jadi Bersih Berseri!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Petua lain untuk hindari kantung mata atau lingkaran gelap pada mata, boleh semak di bawah ini.
Dengan menikmati, tidur yang nyenyak pada waktu malam, dapat membantu mengurangi kantung mata (eye bag) dan lingkaran hitam sekitar mata. Kulit di sekitar mata sangat tipis dan ini menyebabkan ia sangat sensitif. Kesannya akan dapat mudah terlihat sekiranya anda kurang tidur. Kurang tidur dapat mempengaruhi sistem peredaran darah, akibatnya pembuluh darah akan tampak lebih jelas daripada lapisan kulit yang tipis di bawah mata anda.
Untuk mendapatkan tidur yang lena, anda boleh cuba tip ini:
Dengan mengurut manja di sekitar mata Anda untuk melancarkan aliran cairan dan mengurangi sembap. Mata sembap biasanya disebabkan oleh timbunan cairan di bawah mata. Berikan urutan lembut kulit di bawah mata untuk membantu melancarkan aliran cairan dari wajah ke nodus limfa yang lebih besar dan dapat mengalirkannya dengan lebih baik.
Tepuk dan urut lembut kulit di sekitar mata dengan jari manis. Jangan urut terlalu kuat agar kulit sekitar mata tidak tertekan atau tertarik terlalu kuat. Urut di sekeliling mata secara melingkar.
Makanan yang kaya garam, MSG, alkohol, atau pemanis tiruan boleh merosakkan kulit di sekitar mata, atau menyebabkannya tampak sangat sembap. Lebihan garam boleh membuat tubuh anda menahan air dan nampak menggembung. Kulit di sekitar mata pula sangat lembut, bahagian inilah yang akan nampak paling kembung.