CAPATI Sedap Resipi Turun Temurun 30 Tahun, Dah Sejuk Tetap Lembut!

Share

Jika selalu makan capati di kedai mamak je, sebenarnya kita boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati makan dan terjamin kebersihannya. Namun ada caranya untuk pastikan capati ‘homemade’ ini, kekal lembut walaupun dah sejuk. Pastikan guna tepung atta yang dibeli secara timbang berbanding yang telah siap sedia di pek dan perapkan seketika selepas diuli.

Sedapnya makan capati panas dengan kuah kari atau sambal sardin.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Sha Yaacob ini.

Capati resepi turun temurun 30 tahun. Sejuk tetap lembut. Siapa suka capati ? sukatan resepi sha agak-agak je. Sebab dah terbiasa buat 6 tahun campak-campak ja. Maaf kalau ada yang terkurang. Sha halalkan untuk berkongsi.

Bahan-Bahan:

1kg tepung Atta (better beli yang timbang ya, baru lembut elok & original capati) kalau yang pack tu nanti capati keras.
1 liter air (kurangkan sikit takpe, nanti keras boleh tambah air masa uli)
2 sudu kecik garam
1 sudu teh gula
2 sudu teh majerin sayur 

Cara Membuat:

1. Masukkan air dalam bekas, gula & garam, sebatikan.
2. Masak majerin sampai cair, masukkan dalam bekas air tadi.
3. Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras. Siap uli rehatkan 30 minit, boleh buat bebola.

4. Lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut & sedap dimakan.

5. Canaikan dan boleh dibakar.

6. Sekilo tepung dapat dalam 23 biji macam tu.

Kari Sardin

Bahan-Bahan:

1 bungkus rempah ikan pek kecik blend dengan bawang putih & bawang besar
Sardin tin kecil*
Air satu tin sardin tadi*
Santan seringgit*
Kentang didadukan*

Cara Membuat:

1. Masukkan sardin dalam bekas asing, campur semua bahan bertanda*.
2. Ramaskan sardin tadi sampai hancur.
3. Tumis rempah tadi, dah hilang bau rempah, masukkan sardin tadi. Perasakan garam.

Siap!

Info Ekstra!

  • Pastikan pakai tepung timbang. Kena perap dulu sat, ni yang saya belajar dan untuk jualan.

Baca Lagi Di Sini:
“Kukkra Curry” Sedap Tak Pakai Santan, Guna Yogurt & Daun Ketumbar

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Mingguan Wanita: Selalu beli capati dekat kedai mamak je, boleh buat sendiri di rumah. Lebih bersih, jimat dan puas hati makan. Namun pastikan guna tepung atta yang dibeli secara timbang, barulah ia sedap dan kekal lembut walaupun dah sejuk.

Sumber: Sha Yaacob

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab