Empat hari lalu, selebriti dan usahawan Tya Arifin berkongsi fotonya memakai tudung disamping suami tercinta, Asyraf Khalid. Ramai yang senang dengan penampilan terkini Tya yang semakin terserlah kecantikannya.
Ramai followernya di instagram yang memuji malah mendoakan agar Tya kekal istiqamah dengan pilihannya untuk mengenakan hijab. Tya merupakan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang mesra dengan gelaran Tokti.
Tya sendiri tak pasti sama ada mahu mengiyakan sama ada dirinya sudah bertudung atau sebaliknya.
“Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri.” Akuinya yang sedar bukan mudah untuknya istiqamah. Namun sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik.
“Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hambanya yang baik.” kongsi ibu anak dua yang berasal dari Pelambang, Indonesia.
Ads
Percaturan Allah Itu Cantik – Tya Arifin
Usahawan jamu Mutyara ini bukan saja lemah lembut, malah sering saja berkongsi tip-tip penyusuan, keibubapaan dan keusahawanan di laman instagramnya.
Terdahulu, Tya pernah menghadiri uji bakat pementasan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang (PGL). Namun tiada rezekinya di situ.
“Saya anggap bukan rezeki. Percaturan Allah itu cantik. Tuhan susun saya dengan benda lain.”
Ads
Fokus Tya kini mahu membantu menaikkan semangat dan memberi bimbingan kepada usahawan di bawah perniagaannya sendiri.
Terkini, Tya berkongsi perkembangan di instagramnya sedang menjalani pengambaran rancangan temu bual khas untuk Para Wanita seperti Public Figure, Artis dan Usahawan. Yang mana, input dari temubual itu adalah untuk berkongsi pengalaman, tip-tip dalam kehidupan peribadi dan kerjaya.
Ads
Ianya adalah sebuah rancangan disiarkan secara berepisod di saluran Youtube Tya Arifin.
MW : Mendoakan semoga Tya Arifin terus istiqamah dan sukses mencapai impiannya.
Pelakon veteran Datin Normala Omar dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975. Dikurniakan lima orang cahaya mata, Dr Norzizi Zulkifli, 42 merupakan anak sulung mereka. Puluhan tahun menjalani alam rumah tangga, tentulah pasangan suami isteri veteran ini sudah masak dengan asam garam hidup suami isteri.
Datin Normala Omar Dan Datuk Zulkifli Zain mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1975.
3 Tip Dari Mama
Ini pesan Datin Normala Omar pada anak-anaknya, “Kalau bergaduh dengan suami, kena ingat zaman-zaman bercinta dulu. Ingat all those sweet memories. Then hilanglah semua kebencian dan kemarahan.”
Mama selalu berpesan, “Allah bagi suami yang terbaik buat kita. Itulah untuk kita.”
Satu lagi perkongsian pesanan daripada Datin Normala Omar, “Kenapa kita selalu question? Kenapa rumput itu hijau? Kenapa rumput itu tak merah? Kita bukan patut questioning tetapi kita kena terima yang rumput itu memang hijau. Accept! nak accept itu sukat tapi kena belajar untuk accept.”
Pesanan ini sebenarnya bukan saja berguna untuk anak-anak beliau. Malah, suami isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan selayaknya memahamkan amanat orang lama-lama ini.
Lihatlah walau sudah puluhan tahun hidup berdua, baik Datin Normala mahupun Datuk Zulkifli tetap kelihatan mesra. Seniman ini juga hebat membesarkan anak-anaknya.
Membesarkan Anak-anak Perjuangan Suami Isteri
Bak kata Dr. Norzizi, “Saya sedang nak membesarkan anak-anak dan satu ayat yang saya simpulkan untuk diri saya, ‘membesarkan anak-anak adalah perjuangan kedua suami isteri.’.
Akuinya proses itu adalah satu perjalanan yang sukar “It is a tough journey. Hanya kamu berdua suami isteri tahu how tough it is.
Hal inilah yang mengingatkan beliau kepada kedua orang tuanya. “It must be very tough for my parents membesarkan kami 5 beradik.”
“Mereka berdua telah melaluinya. Sekarang perjuangan mereka untuk diri sendiri.”
“Mampukah kita memperjuangkan mereka sebagaimana mereka berjuang untuk kita? Allah sahaja yang membalas perjuangan mereka.”
“Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapa kita dan Al Fatihah buat pejuang-pejuang kita.”
Anak kecil hampir diculik warga asing, hati-hati mak ayah yang berseronok di taman tema. Bila sebut Taman Tema Genting, keseronokan di tanah tinggi ini tidak hanya dirasai oleh anak-anak tapi juga golongan dewasa. Ditambah Taman Tema Genting Skyworld yang baru dibuka dengan segala jenis permainan cukup menarik, ia menarik minat puluhan ribu orang untuk menyerbu lokasi ini tidak kira masa.
Namun satu perkongsian yang meminta agar mak ayah berhati-hati membawa anak kecil ke taman tema ini dari seorang pengguna Tik Tok @alfitryazmi52 yang juga pemilik butik Alfitry Textures cukup boleh dijadikan panduan.
Anak kecil hampir diculik warga asing
Ini kerana dari satu video yang baru dimuat naik sebentar tadi menceritakan kisah bagaimana anak kecil pekerjanya hampir diculik oleh warga asing ketika mereka berkunjung datang ke lokasi percutian popular ini.
Katanya dia tiada niat untuk menjejaskan atau membangkitkan isu keselamatan di pusat peranginan ini, cuma niatnya mahu mak ayah lebih berhati-hati mengawal anak kecil mereka kala mencuba keseronokan permainan di kawasan indoor taman tema ini.
Ceritanya bermula apabila dia bersama lima pekerja datang bercuti. Seorang dari staffnya membawa keluarga serta anak kecil mereka. Nak dijadikan cerita mereka bermain roller coster sementara isterinya, Eykin berkeras tidak mahu mencuba kerana mahu menjaga anak kecil mereka dan jaga barang-barang.
“Dari atas roller coster itu, kami nampak Eykin dikerumuni beberapa orang asing bertelekung yang cuba mengepung mereka. Seorang darinya dari Pakistan sementara seorang lagi dari Indonesia. Dari atas kami nampak kumpulan ini sudah mengepung Eykin dan cuba menarik anak kecilnya masuk ke dalam sarinya. Macam nak culik.
“Dia siap-siap libas barang kita orang, macam baca sesuatu. Mungkin nak pukau Eykin tapi tak jadi. Sebaik suaminya turun dari roller coster, dia terus berlari ke arah mereka. Ikutkan macam nak marah dan pukul tapi kami bertindak profesional dengan melaporkan kepada polis. Dan biar polis selesaikan,”katanya yang meminta agar ibu bapa lebih berhati-hati membawa anak ke sini.
Tulisnya lagi, stafnya itu sampai tidak tidur malam kerana masih trauma dengan kejadian ini.
Dalam pada itu selepas perkongsiannya ini, cubaan kes pukau melibatkan warga Pakistan di lokasi ini didedahkan oleh seorang penguna @adamsufimazri.
Katanya dia ada pengalaman didatangi warga Pakistan ketika berada di situ.
Katanya ketika suami pergi reload kad, anak kecilnya didatangi 4 warga Pakistan, memuji dan menyentuh anaknya.
“Anak terus jadi blur selepas disentuh. Saya pula nampak keadaan ini terus tarik bahu anak saya terus. Pakistan itu memuji anak saya handsome, your kid beautiful tapi saya terus jerkahnya kerana memang pantang orang tak dikenali dekati anak-anak.Selepas saya jerkah itu, lelakinya terus pandang saya dengan pandangan tajam dan bila suami datang terus mereka beredar, katanya tidak menafikan ada kes pukau melibatkan warga asing di lokasi peranginan ini.
Tidak dinyatakan apa terjadi kepada pasangan asing itu sama ada telah ditahan pihak berkuasa atau apa tapi ia boleh dijadikan pengajaran agar berhati-hati.
Apa pun, buat mak ayah yang berseronok dan membawa anak kecil, berhati-hatilah kerana kita tidak mengetahui niat orang di sekeliling kita.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Mohon Rahsiakan Nama & Wajah
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
“Salam sayang dari kami bertiga.”
@fattzuralovelife
Rakan Artis Ucap Tahniah
Menerusi komen di entri tersebut juga ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan itu.
Selamat menjalani tempoh berpantang kepada Fazura dan menempuhi hari baru sebagai seorang ibu.