Cantikkan Semula Peti Ais Lama, Ini Cara Betul Pasang Wallpaper Sticker Yang Geng Deko Sebut-sebut Tu!

Share

Peti ais lama yang dah lebih 10 tahun akan pudar warnanya. Berkarat pun boleh dikesan terutama dekat bahagian pemegang. Cantikkan kembali peti ais lama yang masih elok fungsinya itu dengan wallpaper sticker.

Wallpaper sticker ini yang biasa dipasang di dinding rumah tu. Antara kegunaan lainnya boleh ditampal di peti sejuk malah kabinet. Ia tak meninggalkan kesan melekat apabila mahu ditanggalkan kelak.

Anda akan berhadapan masalah jika baru pertama kali memasangnya. Sebabnya, kalau tak dipasang dengan betul akan ada gelembung dan tak cantik permukaannya. Sebab itu kena belajar cara yang betul.

Bahan-bahan

Wallpaper Sticker yang anda boleh beli di kedai DIY
Span pembersih
Air dan sabun
Gunting/Pisa

Cara Betul Pasang Wallpaper Sticker

1. Bersihkan Permukaan Peti Ais

Semasa membeli wallpaper sticker pastikan anda beli yang mudah ditanggalkan. Bersihkan permukaan peti ais dengan span basah. Gunakan air sabun semasa mengelap. Sebab anda mungkin akan terpaksa menanggalkan semula (buat kali pertama, akan berhadapan masalah ini). Air sabun memudahkan kerja menanggal dan memelihara wallpaper dari rosak.

2. Ukur 2 Kali, Barulah Gunting

Kebanyakan wallpaper sticker ini datang dalam gulungan yang besar. Ukur saiz peti ais terlebih dahulu. Lebihkan 7 ke 8 inci daripada saiz lilitan tepi peti ais. Lebihan ini nanti bolehlah anda nak kelim ke tepi atau potong. Sebaiknya ukur dua kali agar tak tersilap.

Di belakang wallpaper sticker ada garisan yang anda boleh jadikan panduan ketika memotong. Jadi tidaklah hasilnya senget-benget nanti.

3. Tampal Di Pintu Atas Dulu (Jika 2 pintu)

Tanggalkan pelekat wallpaper sticker yang teal dipotong ikut ikuran pintu peti ais anda. Lebihkan 3 inci di setiap bahagian tepi. Tekan di tengah dan tolak ke atas dan ke tepi untuk mengurangkan gelembung. Gunakan tuala untuk memudahkan kerja meratakan permukaan.

4. Potong Lebihan Dengan Pisau

Gunakan pisau lipat untuk memotong lebihan terutama di sudut lengkungan. Buat dengan kemas dan berhati-hati. Boleh kelimkan ke tepi atau buang saja lebihan yang tak diperlukan itu. Gunakan pisau untuk memotong dan kemaskan wallpaper sticker di bahagian pemegang peti ais.

Lakukan langkah yang sama untuk pintu di bahagian bawah. Projek DIY ini sememangnya akan banyak menguji kesabaran anda. Namun, hasilnya memang memuaskan hati.

Rupa-rupanya bukan peti ais saja boleh ditampal dengan wallpaper sticker ni. Ada macam-macam peralatan rumah yang boleh dicantikkan dengan wallpaper sticker yang pelbagai rekaan menarik dan cantik ni.

Ohsemkan Projek DIY Wallpaper Sticker Ini

Peti Ais Berbunga Rose

Hasil kreativiti: Puan Naida Ramli

Mesin Basuh Berbatu Coklat

Hasil kreativiti: Tuan Shah Ehsan

Locker Dan Tikar

Hasil kreativiti: Puan Salwa Sarif

Demam wallpaper habis semua akak balut. Loker tu dah nak dibuang akka ambil balut buat tempat baju anak akak sekali pandang dah macam kotak hadiah. Join kelab ni (Kelab Kaki D.I.Y)  banyak benda yang nak buang akak ambil balik. Contoh tikar tu dah nak letgo sekali nampak org letak wallpaper akak pun ape lg tampallah maka jadilah tikar bilik anak akak 1 set ngan loker. Modal RM10

.”

Kabinet Dapur Berbunga

Hasil kreativiti: Puan Azita Azhar

Meja Makan Marmar

Hasil kreativiti: Cik Puan Maa Nyior Kulit Hidup

Meja mini kami ni tak pernah beralas sejak beli 6 tahun yang dulu. Pagi ni bekpes atas MEJA MARMAR BARU. Guna wallpaper 1 gulung RM4.20 jer.”

via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer