Menarik sungguh bubur sagu ni, penuh ceria dan warna warni. Diletakkan pula dengan inti ubi keladi. Secukup rasa, manis, lembut dan kenyal bubur ini.Memang sedap dan nak buat pun mudah dan tak renyah. Malah tak gunakan banyak bahan pun. Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

“Saya share resepi Bubur Sagu bagi sahabat-sahabat cuba ya, sedap”

Bahan-Bahan:

500g Sagu
Ubi Keladi atau ubi-ubi lain ikut suka

Cara Membuat:

1. Cuci bersih biji sagu dan rendam selama 15 minit dalam air biasa dan campurkan warna ikut suka. Kemudian tapis ye.

Cantik Warna Warni, Resipi Mudah BUBUR SAGU Sedap Inti Ubi Keladi!2. Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih, potong kiub kecil dan rebus sampai empuk.
3.Selepas itu, ambil sedikit sagu letak atas tangan dan ambil pula kiub kecil ubi yang rebus tadi letak atas sagu terebut.

Cantik Warna Warni, Resipi Mudah BUBUR SAGU Sedap Inti Ubi Keladi!4. Buat bulat-bulat dan sebiji-sebiji sampai habis sagu.

Cantik Warna Warni, Resipi Mudah BUBUR SAGU Sedap Inti Ubi Keladi!5. Kemudian masak air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.

IKLAN

6. Masukkan sagu yang kita buat bulat-bulat tadi rebus sehingga masak, angkat dan letak tepi.

Cantik Warna Warni, Resipi Mudah BUBUR SAGU Sedap Inti Ubi Keladi!

Cara masak air santan

Santan
Gula pasir
Sedikit Garam
Daun Pandan (disimpul)

IKLAN

Cara Membuat:

Campur semua bahan, biar sampai mendidih dengan api perlahan.

**Masak macam bubur candy bubur tepung pulut ya.

Cantik Warna Warni, Resipi Mudah BUBUR SAGU Sedap Inti Ubi Keladi!

IKLAN

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Pumpkin Bua Loy @ Bubur Labu Viral, Makan Letak Ais Rasa Macam Cendol!
Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Bubur Tiub Basikal’, Sedap Lazat Nikmat Tak Terkata!

MW: Wah menariknya, ceria warna warni dan nampak sedap. Anak-anak mesti suka. Nak buat pun mudah.

Sumber: Sepi Hatiku

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI