Cantik, manis & ayu bila isteri Usop berhijab. Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.
Sememangnya tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Islam, tetapi ia juga membuatkan nampak lebih sopan, kemas dan beradab.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Pada hari ini, kedengaran semakin banyak artis perempuan kini berubah dengan berhijab. Bukan sekadar itu isteri kepada artis lelaki juga ramai yang sudah mengenakan tudung.
Terbaru penyanyi, Usop tampil berkongsi perasaan gembira apabila isteri kesayangan Nur Fatihah Md Hasim mengenakan hijab.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau Usop yang sudah bergelar suami pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu telah memuat naik sebuah video.
Video yang memaparkan isterinya mengenakan hijab serba hitam itu mendapat perhatian warga maya apabila Fatihah dilihat manis berhijab penuh.
Malah Usop memuji kecomelan isterinya yang mengenakan hijab sekali gus memohon doa dari pengikutnya agar isterinya dapat berhijab dengan sempurna.
“Kan tomey (comel) pakai tudung.
“Doakan isteri Usop dapat pakai tudung dengan sempurna tau semua,” tulisnya.
Baca Disini : “Abang Buat Busines Apa?”, Bukan Sekadar Jual Air Liur, Irfan Khairi Buktikan Dirinya Memang Sifu Bisnes
Bakal Bergelar Bapa, Isteri Usop Hamil 4 Minggu “Alhamdulilah Rezeki Allah. I Love You Sayangku”
Menerusi komen ramai yang mendoakan isteri Usop terus istiqomah.
Mingguan Wanita : Semoga terus Istiqomah…
Sumber / Sumber Foto : Instagram Usop Official