Cantik Kejadian NASI HUJAN PANAS, Setiap Pewarna Campur Sedikit Susu Cair!

Share

Memang cantik sungguh kejadian Nasi Hujan Panas ni. Elok cantik berderai, warna warni dan sedap berlemak secukup rasa. Rupanya setiap pewarna yang digunakan kena campur sedikit dengan susu cair. Nasi hujan panas memang sedap dinikmati dengan Ayam Masak Merah, Jelatah dan Dalca.

Ini yang dikongsikan oleh Chef Nazri Mat Zain. Yang juga mengambil tempahan untuk menu Nasi Hujan Panas ini.

Syukur Alhamdulillah.Busy siapkan order dari customer.Lewat ckit Papa up menu hari ni.

Resepi Nasi Hujan Panas Style Papa

Bahan-Bahan:

5kgBeras Basmati Jasmine Pusa Cream
*Basuh dan rendam beras 20 minit dan toskan.

4 biji Bawang Besar
Selabu Bawang putih
4 Inci Halia
4 sekawan
5 liter Air
1 tin Susu cair
Garam, Aji dan gula secukup rasa
Majerin @ Minyak Sapi dan minyak masak untuk menumis.

Pewarna kuning Telur, Hijau Apple dan Merah
* Setiap pewarna dicampurkan dengan sedikit susu cair

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali dan masukkan majerin @ minyak Sapi yang dicampur dengan minyak masak anggaran dalam 1/2 kg (lebih sikit pun tak apa)
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan.
3. Bila bawang dah layu dan naik wangi tutup api tuang dalam rice cooker gas atau letrik.
4. Masukkan daun pandan, masukkan air 5 liter.
5. Masukkan garam, Aji dan gula secukup rasa dan masak hingga air didih.
6. Masukkan susu cair 1 tin.
7. Masukkan beras yang telah ditos
8. Kacau sentiasa hingga air hampir-hampir kering, baru tutup dengan tudung periuk.
9. Tunggu nasi kering (masak).

10. Buka tudung periuk dan buatkan tiga lubang ditengah-tengah nasi tadi dan tuang pewarna.

11. Tudung semula periuk biarkan dalam 10 minit, baru buka dan gaul untuk campurkan warna tersebut.

Siap!
Selamat mencuba

Mesti Baca:Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur
Baca Lagi Di Sini:Begini Cara, Petua & Tip Lengkap Masak ‘NASI DAGANG Teganu Kita’!


Artikel Menarik:Rendam Beras Basmathi Dengan Garam, PETUA Nasi Lembut Elok Masak Sekata Cantik Berderai!

Mingguan Wanita:Jadi jika nak cuba buat Nasi Hujan Panas yang cantik kejadiannya ini, ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber:Nazri Mat Zain

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan
TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab