Cantik Kejadian MASAK NASI Atas Dapur, Ikut TIP Dari Chef Korea!

Share

Rupanya ada caranya dan tip untuk masak nasi atas dapur supaya cantik elok kejadiannya. Barulah nasi elok berderai, tak terlalu keras, kering, lembik ataupun mentah. Memang mudah jika ikut cara yang dikongsikan ini. Bukan apa, ada masanya kita nak cepat masak nasi atau tiada elektrik di rumah kena masak guna atas api dapur sebagai alternatif.

Baca perkongsian daripada Puan Amy Farnan ini sebagai panduan;

Cantik kejadian masak nasi atas dapur.Selalu masak tak jadi je memanjang. Saya guna tip memasak dari Chef Korea.

Cara-Caranya:

1. Rendam dulu beras sekurang-kurangnya 10 minit (Kita nak sampai beras jadi warna putih). Kemudian basuh macam biasa yang ni ikutlah nak basuh 3 kali ke, 7 kali ke terpulang.. Saya basuh 3 kali je. Lepas tu sukat air macam biasa.

2. Masak atas dapur gas selama 20-25 minit guna api perlahan-sederhana (Ni bergantung pada banyak mana sukatan beras).

3. Lepas 20-25 minit tu, tutup api dan jangan buka penutup periuk selama 5 minit. Yang ni supaya nak pastikan nasi betul-betul masak dengan wap-wap panas yang masih ada dalam periuk.

 

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Mesti Baca: Masak NASI Sikit Guna Teknik ‘Double Boil’ Tak Berkerak, Elok Tak Membazir!


Baca Lagi Di sini: Masak Nasi Cepat, Jimat Masa Guna AIR PANAS Kejap Je Mendidih!
Artikel Menarik: Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak nasi atas dapur cantik kejadiannya, ikut tip yang dikongsikan oleh Chef Korea. Boleh cuba masak nasi ikut cara begini nanti.

Sumber: Amy Farnan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab