Memang cantik kejadian Kek Sarang Semut yang dikongsikan ini. Guna sukatan cawan malah bakar guna dapur gas je, memang mudah! Tak perlu guna alat penimbang untuk sukat bahan-bahan, takde oven pun boleh buat Kek Sarang Semut cantik macam ni.
Kek Sarang Semut antara kek ‘lejen’ orang dulu-dulu. Kena ikut sukatan dan teknik yang betul barulah menjadi ‘sarang’nya.
Alhamdulillah..bersarang. Semut je belum tengok, kalau dah dah hinggap dah ni.Saya guna sukatan cawan pulak. Kek sarang semut bakar guna dapur gas je.
1cawan tepung gandum
1cawan tepung ubi
1/2sdm baking soda
1/2sfm baking powder
*Ayak dan ketepikan dulu
1 1/4cawan gula pasir
300ml air panas
Masak gula pasir api sederhana. Jangan kuat takut hangit karamel. Kacau hingga gula larut dan cair.Jangan nampak sikit pun ketulan gula dalam tu.
Kemudian masukkan air panas dan tuang sikit-sikit, sambil kacau. Jangan tuang sekali gus. hati-hati sebab panas. Kacau-kacau hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan dulu.
Dalam bekas lain
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
Esen vanilla
Pukul guna whisk je selama 1 minit camtu atau hingga sebati.
1/2cawan buttercup yang telah dicairkan dulu. Ketepikn sekejap.
Selepas pukul telur, masukkan sikit-sikit bahan ayak tadi berselang seli dengan gula karamel tadi dan buat hingga habis.
Kacau hingga sebati kemudian tuang butter cair tadi sikit-sikit sambil kacau hingga sebati.
Untuk bakar, guna nonstick pan saiz besar ya untuk senang nak masuk loyang.
Sapu loyang 9 inci dengan marjerin atau butter. Tapis masukkan adunan ke dalam loyang.
Letak loyang ke dalam nonstick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu ye .(Panaskan kuali 7, 8 minit terlebih dahulu).
Mula membakar selama 20 minit tak perlu ditutup.
Bila kek dah nampak kembang membuih sambung bakar dengan terus menutup kuali.Guna api perlahan je terus membakar selama 45minit.
Bila kek dah masak tunggu sejuk baru potong.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.
Mesti Baca:Resipi Kek Sarang Semut Menjadi, Selain Pakai Oven, Guna Rice Cooker Atau Bakar Atas Dapur Gas Pun Boleh!
Baca Lagi Di Sini:Biskut SARANG SEMUT Tanpa Telur, Tekan Guna Penapis Teh Tak Sakit Tangan!
Artikel Menarik:Resipi KEK OREN Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat, Lembut Elok Gebu!
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat kek sarang semut yang elok menjadi cantik ‘sarangnya’. Guna sukatan cawan je dan boleh bakar atas dapur gas. Mudah dan sedap!
Sumber: Ieda Jahaya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.