Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puas Hati!

Share

Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puashati! Jika selalu kita beli cendol yang dah siap di kedai, sebenarnya kita boleh buat sendiri cendol ini di rumah. Mudah sahaja hanya menggunakan 3 bahan. Tapi kena tahu teknik yang betul barulah elok tak putus atau pecah-pecah.

Sedap makan cendol sejuk-sejuk dengan santan atau susu cair, ditambah pula air gula melaka. Sesuai juga buat untuk juadah pencuci mulut pada bulan puasa nanti.

Boleh resipi cendol homemade seperti yang dikongsikan oleh Puan Samsinar Bustami ini.

Siap cendol homemade, pertama kali mencuba,alhamdulillah menjadi dan puashati. Boleh lah makan-makan satu family.

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung jagung
3 cawan air pandan (daun pandan dikisar dan tapis)
Secubit garam

Cara Membuat:

1.Masak semua bahan di atas dalam periuk kacau sehingga likat berkilat.

2.Tutup api dan sediakan acuan untuk buat cendol.

3. Saya guna piping bag, sediakan air ais dalam bekas besar dan teruslah picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi. Buat lah sampai habis.

4. Saya makan dengan susu cair (itu je yang ada kat rumah)+ air gula melaka.

Lebihan cendol boleh simpan dalam peti sejuk bersama air ais tadi.

Selamat mencuba! Bulan puasa tak lama lagi boleh lah buat juadah buka puasa.

Mesti Baca:Cendol Versi Tiada Mesin Parut Ais, Bekukan Dulu Santan & Susu!
Baca Lagi Di Sini:Buat Cendol Guna Acuan Maruku, Hasilnya Tetap ‘Molek’
Artikel Menarik:Resipi Pumpkin Bua Loy @ Bubur Labu Viral, Makan Letak Ais Rasa Macam Cendol!

Mingguan Wanita: Cantik kejadian cendol homemade ni, pertama kali buat pun terus menjadi dan puas hati. Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan.

Sumber:Samsinar Bustami

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab