Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan Bakar Dalam Kuali! Kadangkala tekak teringin nak makan biskut yang dibakar sendiri, namun oven pula rosak. Sebenarnya mak-mak tetap boleh bakar biskut dalam kuali, guna dapur gas je.
Boleh cuba resipi biskut mudah Biskut Bunga Cina yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamatini. Bakar dalam kuali pun cantik kejadiannya. Boleh buat raya nanti.
Oven rosak, sis teringin nak buat biskut. Sis cuba pakai kuali je. wowww cantik kejadian. Sis buat biskut Bunga Cina yang dulu-dulu punya.
1. Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je.
2. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Saya guna acuan pecah 14.
Cara bakar biskut raya atas dapur gas:
1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
Ads
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
Ads
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Ads
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!
Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi. Namun masakan bagi orang di Negeri Sembilan, pucuk ubi juga boleh dibuat rendang yang sangat sedap, malah jika dijual harganya boleh tahan mahalnya.Ini kerana nak buat rendang ini agak renyah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Ia perlu dikacau lebih 2 jam, sehingga betul-betul kering. Barulah rendang pucuk ubi ini dimasak sempurna.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maria ini sebagai panduan;
Saya orang Perak utara, bila suami nak makan masakkan negeri dia (Negeri Sembilan). Berdesup telifon mak mertua tanya resepi. Nak balik PKP, 2 jam lebih mengayuh di dapoq. Patut la orang juai mahai. Sedap sungguh la nak habaq kat hampa “Rendang Pucuk Ubi”.
Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan , Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.
Rendang Pucuk Ubi Omak Mertua Den
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi potong halus ( akak punya sebesen besaq)
10 helai Daun kunyit dipotong halus
6 batang diketuk serai
Ikan bilis halus ( ikut suka nak banyak atau sikit, banyak lagi sedap)
Garam
Secukup Rasa.
Santan (4 biji kelapa)
Bahan Kisar:
Segengam Cili api
6 biji Bawang Besar
6 ketul besar Kunyit hidup
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blender dalam kuali.
2.Masuk Serai diketuk
3.Dah wangi, masuk santan
4.Santan mengelegak masuk ikan bilis, pucuk ubi,daun kunyit yang dihiris halus tadi.
5.Masuk perasa, garam.
Kacau sampai betul betul Kering. 2jam lebih jugak la nak bagi kering .
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi rendang pucuk ubi yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan.
Mak-mak sepanjang tempoh PKP ini, tentu banyak resipi baru yang dah dicuba di rumah. Tak kira aneka lauk pauk atau pun kek dan pastri. Seronok sebenarnya bila resipi yang dicuba itu menjadi kan? Ha..ada tiga resipi kek yang kami kongsikan ini.
Mak-Mak Sila Cuba Tau! Gerenti Tak Menyesal!
Strawberry Shortcake Cookies
Bahan-bahan:
260 gram buah strawberi – potong dadu
½ sudu teh jus lemon
75 gram gula kastor
122 gram tepung red rose
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
36 gram mentega
70 gram Heavy cream
Cara Membuat:
Panaskan oven terdahulu dengan suhu 180 ˚C.
Satukan buah strawberi dan jus lemon, biarkan seketika.
Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan heavy cream, gaul hingga menjadi doh dan masukkan potongan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
Sudukan di atas loyang yang dialas baking paper atau sedikit sapuan mentega.
Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
Bolehlah diangkat. Biar sejuk sebelum masukkan ke dalam balang kuih kedap udara.
Strawberry Cheesecake Bar
Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
250 gram mentega
100 gram gula kastor
12 biji telur
1 sudu teh esen vanila
280 gram tepung gandum serba guna
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
Tekan adunan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis, boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar. Sedap!
Tip Mak: Rasanya lemak dan masam membuka selera mak-mak. Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Mak-Mak Cuba Resipi Epal Ini Pula Ye
Apple Brownies
Bahan-Bahan:
2 biji epal – dipotong kiub 250 gram mentega 200 gram gula perang 250 gram gula kastor 250 gram tepung Red Rose 5 biji telur
2 sudu teh serbuk penaik
Cara membuat:
Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
Masukkan satu persatu telur sambil memukul adunan.
Satukan tepung dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan dan gaul sebati.
Masukkan potongan epal ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang bersaiz 8cm x 8cm. Jika ingin mendapatkan lapisan yang lebih nipis, gunakan loyang 12cm x 12cm.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180˚C selama 35-40 minit.
Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.
Resipi Air ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’, Nikmat Terasa Bila Berbuka! Memang lain daripada yang lain, setelah seharian berpuasa nikmat berbuka cukup terasa apabila dapat minum ‘Vanilla Blue Dengan Aiskrim’ ini. Cukup sempurna lemak, manis rasa vanila nya. Jika selalu beli air di bazar ramadan, mak-mak boleh buat sendiri air ni di rumah. Mesti laku nanti, anak-anak suka.Bahan-bahan tak banyak, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi air mudah yang dikongsikan oleh Puan Nordiana Ab Kadil ini sebagai rujukan.
Nikmatnya terasa bila berbuka puasa dengan :
VANILLA BLUE WITH ICE CREAM
Bahan-Bahan;
3 cawan Air masak 5 Esen vanila(saya guna penutup botol esen)
Setengah tin Susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji 1 Pewarna biru(guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan aiskrim vanila dan kiub ais. Kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna.
Mingguan Wanita: Menariknya air ni warna biru. Cukup menarik perhatian dan sangat sesuai dibuat ketika berbuka puasa atau hari raya nanti. Tak perlu beli di Bazar Ramadan, boleh buat sendiri je.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...