Penyanyi cantik yang sentiasa murah dengan senyuman, Wany Hasrita akui kerjaya sebagai seorang selebriti bukanlah satu perkara mudah. Sebagai seorang figura hiburan, pasti membuatkan kulit wajah Wany sentiasa dioles solekan mampan baik untuk pertunjukan pentas mahupun melunaskan sesi fotografi.
Situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan kulit muka Wany terdedah kepada simbahan lampu acara (spotlight). Pada masa sama, turut menerima tempias sinaran ultraungu khususnya ketika berlumba kereta di litar di bawah program Toyota Gazoo Racing.
Wany juga tidak lokek berkongsi tip bagaimana untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah wanita mengoles krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kondisi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit muka. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu, Norita Jaafar yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Selain amalan penjagaan wajah secara konsisten dan penggunaan produk yang betul, pemakanan juga harus dititikberatkan.
Wani juga akui dia mengelak menikmati makanan berminyak dan coklat dalam kuantiti yang banyak kerana ia adalah salah satu penyebab masalah jerawat.
Malah makan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat.
Baca Disini Juga:
Keputusan Negatif, Wany Hasrita Jalani Kuarantin, Calitan Kedua & Sentiasa Berjaga-Jaga
Perjalanan Ibadah Hajah Muda, Wany Hasrita & Amira Othman
Seminggu Lumpuh Sebelah Muka, Faye Kusairi Dah Boleh Buka Tutup Mata, Begini Perawatannya
Sementara itu, amalkan minum air putih antara dua hingga tiga liter sehari untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit wajah.
“Atas faktor tersebut, ke mana sahaja destinasi ini saya tuju, wajib membawa satu botol bersaiz besar berisi air putih,” kongsi Wany lagi.
Selain rejim penjagaan muka dan kesihatan badan, dari segi fesyen pula, Wani merangkan dia gemar mengumpul tudung bawal.
“Menjawab persoalan mengenai pelengkap gaya kegemaran, bukan tas tangan atau sepatu, sebaliknya saya gemar mengumpul hijab khususnya tudung bawal.
“Fabriknya selesa dipakai, mudah dibentuk dan ideal untuk digayakan dalam apa jua acara,” akhiri Wany.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Wany Hasrita
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita