Terserlah keayuan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin apabila memakai tudung sepanjang bulan Ramadan ini. Apa yang lebih menarik, bukan netizen sahaja yang teruja dengan penampilan Fazura kali ini, suaminya Fattah Amin pun siap mengusik tak nak bagi isterinya keluar rumah.
Kalau dilihat di laman Instagram Fazura, rata-rata peminat doakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fazura terus istiqamah memakai tudung walau pun selepas bulan Ramadan nanti.
“Assalamualaikum wb. Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda. Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In shaa Allah. Lots of LOVE, always.”
Alhamdulillah… Tumpang bahagia tengok kebahagiaan pasangan ini, untung Fattah Amin. Seeloknya perkara yang positif inilah yang artis patut tonjolkan, ada perubahan di bulan yang mulia. Pendek kata kalau sebelum Ramadan kita tak solat, kita perbaiki diri menjaga solat. Jika kita tak menutup aurat, kita perbaiki diri dengan menjaga aurat dan maruah kita.
Andai selama ini tak pernah sentuh al-Quran, kita menjadi akrab dengan al-Quran. Istiqomah sepanjang Ramadan hinggalah saat bertemu kembali Ramadan seterusnya, insyaAllah.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud; “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak dapat dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga sahaja…” – Riwayat Ahmad
Sesungguhnya rugilah orang yang berpuasa (fardu Ramadan) namun tidak mendapat apa-apa kebaikan (pahala) dari puasanya itu. Inilah puasa yang sia-sia kerana ia tiada nilai di sisi Allah swt.
Apa pun, team Mingguan Wanita doakan moga Fazura terus bahagia di samping suami tersayang. Dan untuk pembaca setia MW, semoga puasa Ramadan kita akan terpelihara nilainya dan mendapat puasa yang mabrur hendaknya. Amin Ya Rabbal’alamin.