Campuran RAMUAN Berkesan Halau Ular & Tikus, Letak Dekat Penjuru Rumah!

Share

Memang geram bila ada haiwan perosak seperti tikus dan haiwan berbahaya seperti ular ada di rumah. Tak tenang di buatnya walaupun duduk di rumah sendiri. Selain gunakan racun untuk ‘bunuh’ haiwan-haiwan ini, boleh juga cuba petua semulajadi ramua berkesan yang dikongsikan oleh Puan Fara Aem

untuk ‘menghalau’ nya.

Tujuan asal buat ni untuk halau ular. Tapi tak sangka pulak boleh juga menghalau tikus. Cicak pun baru perasan jarang nampak batang hidung. So rekomen sangat la kalau nak menghalau binatang ni dekat rumah.

Bahan Diperlukan:

Garam Kasar
Minyak Kasturi * Boleh beli Di Sini : https://invol.co/cl5f5td
Kulit kayu manis (Ditumbuk)
Sedikit Cengkih (Kalau takde pun takpa)

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut. Baunya, perghhhhh..
2. Kemudian, gaul bagi rata.
3. Bacalah selawat dan Zikir sikit, niat sebagai ikhtiar untuk menghalau haiwan perosak dan berbahaya ini.
4. Letakkan sikit dekat semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan-haiwan ni.

Saya dah cuba, sangat alhamdulillah.

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:
Makan Daging Tikus Rahsia Cantik Wanita Vietnam Untuk Kekal Awet Muda!

Sembur Campuran Minyak Tanah & Garam Kasar, ‘Bersidai’ Semua Anai-Anai

Air Garam & Lada Hitam, Penawar Sakit Kulit 3 Hari Kering Sembuh

Mingguan Wanita : Kalau mak-mak ada masalah tikus dan ular dekat rumah tu, boleh cuba petua dan tip yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Fara Aem

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab