Limau nipis bukan saja digunakan untuk menyedapkan makanan tertentu. Tapi boleh juga untuk dijadikan bahan dalam mandian alternatif bagi membuang angin-angin dalam badan.
Jangan terkejut, limau nipis ini kalau disapukan pada badan yang luka mahunya mengelupur badan dengan rasa pedihnya. Sebab itu, ada juga yang digunakan untuk rawatan alternatif tertentu.
Bagi anda yang mengalami masalah lengih badan atau banyak angin boleh cuba gunakan mandian alternatif dengan menggunakan bahan-bahan yang disyorkan ini.
Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin turut memberi saranan dan panduan untuk anda yang mengalami masalah tertentu untuk mandi dengan menggunakan bahan ini. Ada caranya juga dan selitkan bacaan ayat Al Quran.
Bila badan penuh angin, rasa bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.
Caranya mudah sahaja.
Ads
1. Beli 1 pek ais dan masukkan ke dalam baldi. Campurkan air sedikit demi sedikit dalam baldi tersebut.
2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4-5 biji dalam baldi. Sebelum mandi, baca:
a) 3 kali al Fatihah b) 3 kali al Ikhlas c) 3 kali selawat
Ads
3. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu. Selesai baca, barulah mandi. Sebaiknya guna iar ini untuk bilasan terakhir.
4. Mandi dulu dengan air biasa dan barulah mandi air limau ini.
Selesai baca di atas, mula mandi dari kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda..Badan, kepala akan menjadi ringan.
Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas mandi, dinasihatkan untuk dapatkan rawatan Islam berhampiran.
Ads
Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit, buang angin bisa dalam badan. Di sarankan mandi sebaiknya waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib.
Dengan izin Allah, insya Allah sembuh.
Mingguan Wanita : Salah satu alternatif untuk anda lakukan terutamanya yang ada masalah seperti ini. Kita sekadar berusaha.
Poket kering. Hutang memang wajib dibayar. Hingga ke liang lahad hutang masih dituntut. Oleh sebab itu jika berhutang selesaikan terlebih dahulu, mak, ayah kena utamakan hutang berbanding keperluan lain.
Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering daripada tebal dengan duit hak orang. Kadang-kadang orang yang menagih hutang bukan sebab membenci tetapi disebabkan sayang dia menuntut kembali wangnya. Kerana hutang boleh dibawa mati.
Ikuti perkongsian pengamal undang-undang ini, Rabiatul Adawiyah Ramli dan fahami penjelasan tentang hutang:
Poket Kering, Kesan Hutang Tak Diselesaikan
Tahukah anda kesan hutang yang tidak diselesaikan?
Tahukah anda hutang ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan dan manusia.
Tahukah anda, suami juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang jika ada nafkah-nafkah yang tertunggak atau ada wang yang digunakan dari harta isteri dalam perkahwinan yang masih tidak diselesaikan.
Tahukah anda, isteri juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada suami dalam pelbagai hal dan perkara yang suami tidak redhai.
Tahukah anda ibu bapa juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada si anak jika tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Tahukah anda anak-anak juga boleh tergolong dalam orang yang berhutang pada ibu bapanya sekiranya mengabaikan tanggungjawab dalam membahagiakan mereka.
Tahukah anda bekas suami dan bekas isteri juga boleh tergolong dalam kategori orang yang berhutang jika pihak-pihak masih dalam pertikaian di mahkamah untuk mendapatkan hak-hak yang sewajarnya.
Tahukah anda yang sesiapa sahaja boleh tergolong dalam orang yang berhutang selagi ada pihak yang menuntut.
Tahukah anda orang yang telah meninggal dunia juga masih dianggap berhutang jika harta-hartanya masih belum diselesaikan segala hutang dan ia tidak boleh difaraidkan.
Tahukah anda harta sepencarian juga termasuk dalam kategori hutang dan pelbagai lagi.
Biar Poket Kering Daripada Tebal Dengan Duit Hak Orang
Tahukah anda hutang itu wajib dibayar bukan sahaja semasa hidup, semasa mati juga wajib dilunaskan.
Bayarlah hutang sikit-sikit, biar poket kering asalkan hutang bayar.
Poket tebal pun tak ada guna kalau semuanya tertulis hak orang lain.
Moga-moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam menyelesaikan hutang di dunia agar tidak terganggu di akhirat sana.
Nak BERJAYA, Yakinkan Diri Dan Hilangkan Segala Keraguan. Tak kira dalam apa juga bidang yang diceburi. Sama ada kerjaya mahu pun kehidupan peribadi.
Asas ke arah membina kejayaan dan kebahagiaan hidup adalah keyakinan. Islam datang membina keyakinan dalam diri sebagai tunjang kehidupan manusia. Kejayaan dakwah Islam digerakkan oleh individu-individu yang memiliki keyakinan diri yang tinggi dan tidak mudah diganggu-gugat.
Nak Berjaya, Kukuhkan Keyakinan
Kejayaan dan kebahagiaan hidup akan tercapai melalui keyakinan diri yang diperkukuhkan tanpa jemu. Keyakinan diri ini perlu diusahakan agar individu terselamat daripada cengkaman keraguan (doubt) yang sering membantutkan usaha-usaha ke arah membina kejayaan dan kebahagiaan diri.
Kemuncak bahaya keraguan diri ini tentulah keraguan diri terhadap kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya. Keyakinan kepada Tuhan mula tergugat terutama ketika diri dilanda tekanan hidup yang tiada entah bila akan berakhir. Diri mula mempersoalkan keadilan dan kasih-sayang Allah ke atas diri.
Kenapa Nak Doubt?
Tanpa mengira usia, bangsa dan agama, keraguan (doubt) boleh melanda sesiapa sahaja. Ia berlaku secara sedar atau secara tidak disedari. Jika tiada ikhtiar untuk menyingkirkannya, impak negatif keraguan diri ini boleh dirasai hingga ke hujung hayat seseorang.
Keraguan yang menghantui seseorang boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, apabila seseorang sering dibelenggu persekitaran hidup negatif. Persekitaran negatif itu selalu berulang dalam hidupnya atau ia sendiri selalu memikirkan, merasakan dan membayangkannya (V.A.K.) dalam kehidupan harian.
Sebagai contoh, seseorang mengalami trauma negatif pada suatu ketika dahulu.Trauma negatif itu masih menghantui diri hingga kini. Dia sendiri selalu mengingatinya atau menceritakannya hingga trauma itu semakin kuat mencengkam fikiran, emosi dan spiritualnya.
Dalam contoh lain, ada anak-anak yang dilabel dengan label-label negatif oleh ibu bapa, rakan-rakan atau guru-gurunya. Label-label negatif seperti “nakal”, “tak boleh diharap”, “tak ada harapan untuk berjaya”, “degil” dan seumpamanya hanya menambah penderitaan diri anak-anak.
Sayugia disarankan kepada ibu bapa khususnya, cuba elakkan label-label negatif atau ayat-ayat menghukum ini kepada anak-anak. Jika saban hari mereka dilabelkan sedemikian rupa, maka semakin parah impak negatifnya kepada mereka.
Kita bimbang, impak negatif yang akan terbina daripada label-label negatif itu terutama bila mereka besar nanti. Mungkin ibu-bapa telah ‘merancang’ kegagalan dan kekecewaan anak-anak sendiri di masa hadapan!
Diri Mudah Dipengaruhi
Keraguan juga terbentuk apabila seseorang mudah dipengaruhi persekitaran hidup negatif. Seseorang tidak menjadi dirinya sebenar tetapi terlalu mudah terikut-ikut dengan pengaruh luaran.
Sebagai insan ciptaan Allah yang hebat ini, setiap insan ada harga diri yang perlu dipertahankan. Sepatutnya individu menguasai diri ke arah perkara-perkara positif dan bermanfaat. Individu bina diri dengan acuan akhlak dan nilai budi luhur, memiliki jati diri muslim mukmin yang unggul. Individu mempengaruhi suasana, bukan suasana yang menguasai diri individu.
Bila seseorang hilang daya pengawalan diri, maka ia akan hanyut dengan arus negatif yang melanda. Bila ia dilanda masalah maka ia tenggelam dalam masalah tersebut. Bila tenggelam dalam masalah,itu bermakna masalah menguasai diri. Bila diri dikuasai masalah, maka sukar baginya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Hilang Fitrah Diri
Fitrah diri setiap insan adalah positif. Diri insan dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji (Asma’ ul husna) yang menjadi inti pati ruh yang ditiupkan ke dalam diri semenjak ia dilahirkan. Energi positifnya tanpa had, melepasi dan melampaui.
Dengan fitrah ini, semua benda mudah, tapa had, tiada halangan, tiada sekatan, semua dalam jangkauan dan dapat dirasakan. Fikirannya bebas, perasaannya bebas, bebas dari ikatan masa dan ruang.
Letakkan Diri Dalam Keraguan
Hilang fitrah diri bermaksud seseorang telah hilang kesemua atau sebahagian besar ciri-ciri fitrah yang dinyatakan itu hingga akhirnya meletakkan dirinya dalam keraguan dan kebimbangan yang tiada hentinya. Roh diri menjadi sempit, terkongkong dan tidak bebas. Pelbagai halangan muncul dalam diri yang nak mengajak kepada kegagalan, kekecewaan dan kesedihan.
Kemuncak kepada kehilangan fitrah ini sudah tentu hilang kepercayaan diri kepada Allah sebagai Ilah yang wajib disembah dan tempat bermohon. Pada peringkat ini dikhuatiri syahadah seseorang boleh terbatal, secara disedari atau tanpa disedari.
Nak Kikis Keraguan Daripada Diri!
Sebagai rumusan, keraguan diri yang sering mencengkam minda dan perasaan harus dikenal pasti dan kemudiannya dikikis daripada diri. Kejayaan dan kebahagian hidup yang kita impikan selama ini mungkin tersekat dek gangguan ini.
Mohon pertolongan Allah agar belenggu keraguan ini dapat dibersihkan daripada diri dan kita memperoleh fitrah asal kejadian yang menjanjikan kebahagiaan dan kejayaan hidup, duniawi dan ukhrawi.
Sumber: Dr Muhamad bin Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perasan tak, kalau kita gembira atau dapat hadiah daripada yang tersayang, mahu rasanya mahu diberitahu semua orang. Ini bukan untuk menunjuk pun tetapi meluahkan rasa gembira dan seronok. Tapi kalau sedih, mesti diam seribu bahasa. Kadang-kadang, ada perkara yang tidak perlukan diberitahu semua orang.
Dalam keadaan sekarang ini, media sosial menjadi tempat untuk kita meluahkan apa yang tersirat dan tersurat. Niat kita untuk berkongsi tetapi mungkin ada orang yang membaca tidak senang dengan apa yang kita buat itu.
Bukan niat untuk menunjuk pun tapi kita tak tahu hati masing-masing. Mungkin ada yang suka dan ada yang tak suka. Jadi, daripada orang mengata tak tentu pasal, adalah lebih elok kita tidak menghebohkan apa kita ada.
Perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Ada beberapa perkara yang perlu kita sembunyikan dan tak perlulah menunjuk pun. Bimbang ada yang tidak senang dengan apa yang ada.
Zaman teknologi sekarang membuatkan lebih ramai da mudah untuk orang mengekspresikan apa yang mereka ada di media sosial, tidak kiralah IG, Story, FB, Twitter dan sebagainya.
Memang tak ada salah, cuma kadang-kadang keadaan ini akan menimbulkan salah faham, mungkin boleh jadi umpatan, gosip atau bualan orang lain.
Jadi, ada beberapa tuntutan yang disarankan dalam Islam agar sembunyikan beberapa perkara daripada orang lain.
1. Kebaikan
Amalan yang paling Allah sukai ialah kebaikan yang disembunyikan daripada banyak orang kerana apa yang kita lakukan ini hanya allah saja tahu kebaikan yang kita buat, bukan orang lain. Bimbang jatuh riak.
2. Masalah
terutamanya masalah peribadi, sebolehnya janganlah diwar-warkan kepada umum kerana ia boleh memberi banyak mudarat. Luahan di media sosial ini bukan boleh menyelesaikan masalah tetapi boleh menambahkan lagi masalah, kalau tidak kena dengan caranya. Boleh saja kita berkongsi tetapi biarlah pada orang yang betul dan mampu memberikan kita solusi kepada masalah yang kita hadapi.
3. Penyakit
Contohnya, kalau ada penyakit atau masalah kesihatan, tidak perlulah di warkan melainkan masalah-masalah umum yang turut dilalui oleh orang lain.
4. Dosa
Selain Allah meminta kita menyembunyikan amalan, Dia juga meminta kita untuk menyembunyikan dosa-dosa kita. Apa yang berlaku biarkan ia berlalu, apa yang penting kita harus berubah kepada yang lebih baik.
5. Aib
Jangan sesekali kita menyebarkan aib diri sendiri atau orang lain.
Jadi, tak perlulah kita menjadikan media sosial atau orang lain sebagai tempat untuk meluahkan atau meminta. Sebaliknya, hanya kepada Dia saja tempat untuk kita berlindung dan berserah.
MW: Moga ia memberi manfaat kepada semua. Tak salah pun untuk berkongsi apa-apa di media sosial tapi kenalah berpada-pada. Jangan sampai orang bosan dengan kita.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...