Campuran Bawang Putih & Cili, Hapuskan Perosak Tanaman, Sembur Seminggu Sekali Dah Cukup!

Share

Sakit mata dan geram pun ada bila tengok tanaman kita tak berapa nak menjadi disebabkan serangga perosak tanaman yang datang menjengah. Habis satu pokok. Dah macam-macam cara untuk halau tapi hasilnya pokok tanaman pula yang rosak.

Kalau dah macam-macam guna tapi tetap tak menjadi, apa kata guna 2 bahan dapur ini saja, hasilnya sangat cepat dan mudah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Semburan Serangga Guna NASI, Tanaman Lebih Selamat Dimakan & Jimat Kos

Jangan Buang Kulit Limau, Buat Pati Untuk Semburan Serangga Tanaman, 100% Berkesan!

Perosak Tanaman, Cara Mudah Guna 2 Bahan Saja

Waktu pagi, biasa dengar orang blender bawang putih dan cili api untuk masak sarapan. Kali ini, lain sikit.

Blender cili api dan bawang putih untuk kawal perosak secara organik. Nak spray pada semua tanaman yang ada di rumah ni.

Formula ni sangat mudah dan cepat. Namun bila kena pada perosak, mati kering la.

Cara buat pun sangat senang. Guna bahan yang ada di dapur je.

Bahan:
1 ulas bawang putih
3-4 cili padi
1 liter air kosong.

Caranya:

1. Kali ini buat untuk kapasiti 5 liter. Jadi kena guna 5 ulsa bawang putih daN 20 biji cili api.

2. Masukkan cili api ke dalam blender. Pastikan, masuk sekali dengan tangkai.

3. Masukkan bawang putih ke dalam blender. Pastikan bawang putih telah dikupas. Tujuannya supaya ia hancur sekata.

4. Masukkan air pada paras separuh blender.

5. Kisar hingga hancur lumat.Tapis.

6. Tuangkan pati bawang putih dan cili api ke dalam alat penyembur. Tambahkan air untuk cukupkan 5 liter.

7. Boleh campur sekali dengan mol lain. Boleh campur sekali dengan mol ikan (5 ml / liter air) dan mol batang pisang (3 ml / liter air).

8. Kacau hingga sebati. Biarkan 2-3 minit.

9. Spray kabus pada bawah dan permukaan daun. Pastikan semua bahagian daun kena untuk menjamin keberkesanannya.

10. Boleh ulang 2-3 kali seminggu berdasarkan tahap serangan perosak.

11. Untuk semburan 2-3 kali seminggu, tak perlu tambah mol lain. Campuran bersama mol memadai 1 kali je seminggu.

Insya Allah, hasil tanaman terkawal daripada perosak yang serius.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Lagi senang dan mudah. Guna bahan dapur yang memang dah ada kan.

Sumber: Azuan Abdullah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora