Ada pelbagai cara dan resipi untuk membuat cekodok. Namun nak dapatkan cekodok yang cantik bulat-bulat, rangup di luar dan lembut berongga di dalam ada tekniknya. Paling penting tak letak yis. Bukan apa, bila letak yis rasanya terlalu ‘kuat’ atau ada juga orang yang sensitif tak boleh makan yis.Rupanya antara tipnya kena campur sedikit air panas dan buat dua kali bancuhan cekodok.
Saya nak share resepi cekodok paling simple je,tapi rasa dia rangup diluar, lembut dan berongga di dalam. Uma mantuhak (mak mertua) yang ajar, saya suka cekodok dia semua sedap-sedap dan cara dia buat pun mudah,anak-anak pun suka.
4-5 sudu tepung gandum
Air panas menggelegak secukupnya
Air Biasa
Garam
4 senduk nasi membukit tepung (bancuhan biasa)
Daun Kucai
Ikan Bilis *saya kisar sekejap guna blender kering
1. Ok yang ni penting, bahan pertama kene buat, 4-5 sudu tepung gandum (saya guna cap ros).
2. Air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan, kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa. (Saya guna air paip je) kacau sebati. Sukatan agak-agak je. Kalau guna 5 sudu tepung tu, mula-mula sekali curah air panas, sebelah tangan lagi kacau tepung dengan sudu,lepas curah air panas cepat-cepat curah air biasa pula untuk mengelakkan tepung tu berketul, janji dapat tekstur berkanji tu.
3.Lepastu jadi macam ni. Mak mentua saya kata jadi macam kanji (lebih kurang rupa nestum baby yang segera tu kalau dibancuh). Ni rupa lepas saya kacau,tak nak bagi berketul-ketul. Step awal sekali buat sikit je, tapi kalau buat banyak kilo, kena lebihkan lah buat kanji ni.
4. Masukkan garam. Masa ni bancuhan ni suam-suam, garam mudah larut.
5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cekodok.
6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu, sebab baunya sangat wangi. Pokok kucai ni pon mentua yang bagi, tanam dalam polibag banyak-banyak.
7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut citarasa masing-masing. Anak saya suka letak 2 bahan ni je.
8. Kemudian, kacau sebati.
9. Masukkan air biasa (Saya guna air paip je).
10. Bancuh sampai jadi camni,tak pekat sangat,tak terlalu cair. Lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.
11. Ha jemput camni, ibu jari tu nanti tolak doh masuk dalam kuali.
12. Camni, jadi bulat la cekodok tu. Anak-anak suka yang bulat-bulat. Boleh je nak sudukan bentuk kapal terobang boleh, nak buat panjang boleh tapi kene guna pinggan, maaf saya tak dapat tunjuk sebab anak bising nanti cekodok deme jadi panjang.
13. Jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan.
14. Ok ni rupa bulat-bulat. Kaup balik dengan sudip dalam kuali tu, sampai masak (kekuningan).
15. Ni rupa lepas belah, berongga tanpa letak yis. Mungkin ramai yang tahu cara ni, saya kongsi untuk yang belum tahu lagi. Cicah kuah kari fuhhh memang sedap, kulit nya pun rangup. Saya tak goreng kuning sangat sebab ada anak 2 tahun makan.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Cekodok Pisang Bulat-Bulat. Nak Cantik Kejadiannya, Inilah Caranya!
COLEK Pedas SEDAP Warna Merah Gelap, Kuah Sedikit Pekat, Mak Ajar Cara Sangat Simple!
Bertahun Anak Ekzema, Patutlah SUSAH NAK BAIK Rupanya Selama Ini Alergik Yis Jadi Punca
Mingguan Wanita: Begini rupanya teknik nak buat cekodok bulat-bulat, rangup di luar dan lembut di dalam tak letak yis. Boleh cuba nanti untuk anak-anak.
Sumber: Akma Razali
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita