Calon suami panas baran, wanita tinggalkan terus, jangan jadi mangsa keganasan rumah tangga. Apabila seorang wanita mula menyedari bahawa calon suaminya mempunyai sifat panas baran, ia adalah satu petanda amaran yang tidak boleh diabaikan.
Calon Suami Panas Baran, Wanita Tinggalkan Terus, Jangan Biar Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Sifat panas baran bukanlah perkara remeh, ia boleh membawa kepada situasi yang lebih serius seperti keganasan rumah tangga. Oleh itu, adalah penting bagi wanita untuk mengambil tindakan bijak dengan segera meninggalkan hubungan tersebut sebelum menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Berikut perkongsian Fahmi Ramli Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor.
Pangkah terus kalau ada calon suami yang panas baran
Ini adalah salah satu kes rumahtangga yang Allah selamatkan nyawa seorang wanita bergelar isteri. Ini perbuatan kejam. Perbuatan ini adalah salah satu sebab kemudharatan terhadap perkahwinan.
Kalau ada dikalangan wanita diluar sana yang sekarang dalam berkira-kira nak berkahwin, pastikan calon suami anda itu bukan seorang panas baran.
Macam mana nak tahu? Berkenal terlebih dahulu. Jangan kalut dengan tempoh perkenalan. Sebaiknya tempoh bertunang itu dah boleh lihat.
Kalau calon ini pernah berkahwin dan telah bercerai, semak dan siasat punca bercerai dengan bekas isteri. Jangan percaya 100% kalau dia bercerita punca tu disebabkan bekas isteri 100%. Kiranya macam dia tak ada masalah apa-apa.
Ads
Salah satu cara, boleh semak dengan Mahkamah tempat dia bercerai. Kes cerai tu cerai biasa atau fasakh. Kalau fasakh, besar kemungkinan itu adalah salah suami. Ada kes fasakh disebabkan pukul isteri. Jadi boleh semak.
Kalau tidak, paling baik adalah siasat dengan bekas isterinya atau keluarga bekas isteri. Mesti ada cerita yang boleh diberitahu. Tak salah untuk siasat.
Ada sesetengah orang, siasat sehingga ke Balai Polis untuk tengok, pernah tak ada rekod Laporan Polis dilaporkan terhadap seseorang lelaki tersebut. Ini biasanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh dapat.
Kesimpulan, pastikan anda pangkah siap-siap kalau dah tahu bakal suami ini seorang yang baran. Tahniah kepada seorang lelaki yang punya kesabaran yang tinggi. Jika tak mahu sangat pun pada isteri, lepaskan dengan cara baik. Bukan cabut nyawa dia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bulan puasa pastinya meninggalkan seribu satu kenangan dan nostalgia buat setiap mak ayah pada anak-anak tersayang.Bila anak-anak semakin membesar dan mempunyai kehidupan sendiri, kenangan inilah yang paling dirindui dan menggamit memori mak ayah dikampung.Ramai mak ayah sebenarnya mengharapkan kepulangan anak-anak ke kampung agar dapat menyambut permulaan Ramadan sekaligus meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama.
Semalam, pelakon dan pemilik Butik Melyana,Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali Memey Suhaiza,30 ada memuat naik video serta rakaman suara maknya didalam grup whataps keluarganya. Luahan mak Memey, mengharapkan kepulangan anak-anak agar dapat menyambut ramadan pertama bersama-sama mengundang sebak.
Tidak tertahan mendengan luahan tersebut,sebagai seorang anak, Memey membuat keputusan untuk pulang ke kampungnya bertemu mak ayah di Kota Tinggi bersama suami Norman Hakim,42 dan anak-anak dengan segera. Ia sebagai kejutan buat mak ayahnya meskipun tiada dalam perancangan awal, demi menggembirakan dan menunaikan impian mak dan ayahnya. So sweet!
Berikut antara kapsyen yang dikongsikan dalam posting tersebut;
“Ni namanya panggilan keramat seorang MAK Tak boleh tahannn.Walaupun jauh perjalanan lebih 300 km. Demi mak tercinta.Berdesup balik.memang takde dalam perancangan sebab tengah banyak kerja,anak pulak tak cuti. Tapi bayangkan mak cakap macam tu tak tertahan lagi rasanya. Kalau ikutkan baru berkumpul adik beradik semua baru ni, Tapi masuk puasa ni mungkin mak rindu kenangan riuh anak-anak berebut makan.”
Mujurlah dapat suami yang sangat memahami,baik dan rajin melayan. Tq Love❤ dalam tak cukup rehat ,dia yang suggest “Sayang kita balik buka puasa dengan mak abah jap,lepastu kita balik KL semula” Subhanallah, dalam sedih dan teruja.Terima kasih suami. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat.
Kejutan untuk mak abah. Adik-adik dah tau,mak abah je belum. Tak sabar nak jumpa mak abah, adik beradik semua. Shhhhh… jangan bocorkan rahsia ni tau. Harap mak tak tengok ig.
Sementara itu dalam posting terbaru, Memey ada menyatakan telah selamat sampai ke kampung halaman di Tenggaroh,Kota Tinggi Johor setelah menempuh 6 jam perjalanan.Memey juga memberi pesanan sebagai anak selagi berpeluang hargai dan gembirkanlah hati kedua ibu bapa.
Berdesup ke kampung.Alhamdulillah 6 jam perjalanan.Terima kasih ramai yang balas macam-macam versi.Terima kasih doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga. Niat saya semoga yang baik kita jadikan ingatan bersama.Selagi boleh selagi ada peluang hargai lah kedua ibu bapa kita.
Walapun jauh balik untuk berbuka sekejap dengan keluarga tersayang adalah sebuah nilai yang sgt indah❤ Syukur untuk peluang ini, mak abah happy sangat. Tapi mak takleh nampk dalam video ni sebab tak bersiap. Tq suami tolong drive jauh-jauh. I leviuuu.
Tahniah buat Memey meskipun sedang sarat mengandung, sanggup balik ke kampung dan menempuh perjalanan yang jauh demi membahagiakan hati dan menunaikan imppian mak dan ayah. Semoga kita juga dapat terus berbakti dan menggembirakan hati orang tua. Jika berkesempatan, pulanglah dan luangkan masa bersama mereka pada bulan puasa ini.
Nampak macam senang, hakikatnya ujian wanita yang kahwin dengan duda itu besar cabarannya. Tak mudah untuk mereka. Selain menjaga suami, dia juga perlu berbaik-baik dengan anak tirinya.
Dan anak-anak tiri ini tak boleh disogok dengan kepura-puraan dan sikap ramah yang plastik. Keikhlasan dan luhurnya hati mendorong perasaan sayang dan suka dalam hati mereka. Sebab itulah, wanita yang berkahwin dengan duda perlu faham garis panduan ini.
5 Tip BAHAGIA Untuk Wanita Yang Kahwin Dengan Duda
Satu : Belajar Menjadi Ikhlas
Benarkan, yang paling sukar diduga adalah keikhlasan. Ia perasaan suci yang hanya mampu dinilai oleh Yang Maha Esa.
Namun, hati-hati yang suci mampu melihat sejauh mana seorang itu ikhlas atau tidak terhadap mereka. Justeru, terimalah anak-anak suami anda dengan penuh rasa cinta.
Dua : Jujur Pada Diri Sendiri
Sebagaimana anda cinta dengan suami, salurkan rasa itu pada darah dagingnya. Berikan sepenuh jiwa dan layani makan minum mereka mengikut aturan yang sepatutnya.
Anda juga perlu menjadi jujur pada diri sendiri. Agar keikhlasan itu boleh terpancar dari lubuk nurani yang ikhlas.
Tiga : Dekatkan Jurang
Bagaimana mahu menjadi rapat dengan anak-anak, cinta hati suami ini? Salah satu caranya adalah merapatkan hubungan yang mula terasa hambar.
Lakukan aktiviti bersama suami dan anak-anak tiri ketika waktu lapang. Bawa mereka bersiar atau melancong ke satu destinasi yang tenang.
Empat : Pupuk Rasa Kasih
Anda boleh juga pupuk jiwa kasih anak-anak tiri melalui solat berjemaah. Pinta suami lakukan bersama biarpun cuma dapat melakukannya ketika solat maghrib sahaja.
Selesai solat, biarkan suami memberi tazkirah diikuti oleh harapan anda sebagai seorang ibu baru kepada anak-anak suami.
Lima : Bersabar Dan Bertenang
Jika duda yang anda kahwini itu kematian isteri, anda selamat kerana tidak perlu berbalah dengan bekas isterinya. Jika bercerai hidup, bertahanlah.
Apa pun kawal diri anda dan jangan sengaja mengungkit kisah silam suami anda. Ketika bersama anak-anak, jangan ‘apikan’ anak-anak agar membenci ibu mereka. Oh! itu paling bahaya sekali.
Belajar Terima Hakikat, Anda Ibu Ekspres
1. Anak-anak merupakan permata yang paling berharga. Ibarat melentur buluh dari rebungnya, begitulah halnya dengan diri anda. Lenturlah diri agar dapat mengadaptasi suasana baru itu. Status seorang isteri sekali gus ibu ekspres kadangkala memberi bebanan yang luar biasa.
2. Paling sukar apabila anak-anak tiri sudah masuk peringkat remaja.Pendekatan menawan hati mereka tidak sama dengan cara memujuk anak kecil dengan sebungkus gula-gula. Namun, kaedahnya masih sama iaitu sentuhan emosi memainkan peranan utama.
3. Perkara utama yang boleh anda praktikkan adalah jadikan diri anda buah hati pada anak-anak tiri anda. Jika mahu diri dianggap bagaikan sahabat, teman mahupun BFF, cubalah cipta diri anda jadi sebegitu. Anda perlu jadi pendengar yang baik dan bukannya pengarah yang dibenci. Anda juga perlu tahu bagaimana mahu menjadi pembantu mereka bukannya seorang yang mudah dibuli.
4. Menasihati mereka juga ibarat menarik rambut di dalam tepung. Ia tidak meninggalkan pesanan yang berbisa. Sebaliknya jika mereka mahu berubah, mereka lakukan dengan rela. Hubungan baik anda dan permata hati suami ini pasti menyenangkan hati suami.
Suami jadi lebih sayang malah suami sendiri pasti mahu tahu rahsia anda dapat berbaik dengan anak-anaknya. Justeru jadilah ibu tiri yang lembut jiwanya namun tegas dalam setiap tindak tanduk.
Perlu Kental & Sabar Melayan Emosi Seorang Duda
Berkahwin dengan seorang duda yang sudah beranak pinak membuatkan anda perlu bekerja lebih keras untuk memenangi hati mereka. Benarkah begitu? Atau ada cara lain yang lebih relaks dan tak perlu terkocoh-kocoh merebut cinta suami yang satu ini.
Bertenang, sebenarnya tak perlu bersusah payah. Biarpun mereka ada anak-anak, andai suami sudah melafazkan kata cinta bermakna andalah pilihan utama di hati. Jaga makan minumnya dan belajarlah santuni emosinya.
Layan suami dengan perasaan kasih, jadilah isteri yang mendengar kata dan bijaksana. Anda juga perlu tahu bilakah masanya perlu bertolak ansur. Yang mana suami boleh membahagikan ruang untuk anda dan juga anak-anaknya. Jangan terlalu tamak.
Ya, anda isterinya. Namun, anak-anak juga perlukan kasih seorang ayah. Dalam masa yang sama, mereka juga perlukan belaian mesra seorang ibu. Lengkapilah hidup keluarga baru anda itu dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau nak tahu rahsia panjang umur, peluklah isteri. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan.
Sementara masih hidup ini, amalkanlah tip ini selalu.Sebabnya kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira. Janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia.
Lakukan Ini Semasa Memeluk Isteri
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.