‘Cakap senang, cubalah cerita.’ Pasangan buat perangai, lebih baik jangan beritahu mak ayah dia atau keluarga dia. Bimbang anda pula akan dipersalahkan bila mengadu perkara buruk tentang anak mereka.
Segelintirnya mungkin boleh menerima sikap buruk anak mereka. Namun ada juga yang tidak bersikap terbuka bila menantu mengadu itu dan ini.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa kesannya bila mentua tidak menerima kesalahan si anak bila menantu meluah rasa.
Pasangan buat perangai, kita beritahu mak,ayah dia… Bak kata pepatah Inggeris, easy talk than done…
Maksudnya, cakap senang, cubalah beritahu. Mostly, tapi bukan semua, kebanyakannya lah kan, tak dapat terima kalau kita ada beritahu perangai buruk, perbuatan tak baik anak dia kepada dia…
Ads
Pasangan Buat Perangai
Atas alasan apa dia tak boleh terima?
Katanya, dia lebih kenal anak dia dan dia yang besarkan anak dia…
Tapi dia tahu atau tidak apa yang anak dia buat di belakang dia. Tentunya dia tak tahu. Yang dia tahu, bila kita mengadu macam itu, dikatakan pula kita pula memburuk-burukkan anak dia dan kita pula dilabelkan jahat…
This is true gais. Hanya segelintir sahaja yang terbuka bila menantu mengadu apa-apa.
Malah hanya sesetengah sahaja yang mampu terima bila menantu beritahu apa-apa perilaku anaknya. Hanya segelintir sahaja yang bantu menantu atau memihak kepada menantu dalam bab ini…
Ads
Selebihnya semua against menantu dan selebihnya semua kata menantu itu yang salah. Termasuklah ipar duai yang sama-sama tak boleh terima orang kata apa-apa dekat adik-beradik dia…
Jangan Beritahu Mak Ayah Dia
Kecacatan atau flaws dalam marriage ini adalah bila mana menantu mintak pertolongan orang tua pasangannya, ataupun adik beradik pasangannya, tapi dia pula dipersalahkan dan dituduh bukan-bukan…
Reality check sometimes hard to digest but this is what actually happened in our society… Sad kan…
Mingguan Wanita : Hanya pasangan tahu hati budi dan perangai pasangan masing-masing. Sikapnya di depan keluarga cukup berbeza apabila bersama dengan isteri.
Sesetengah bayi yang dilahirkan akan alami demam kuning. Waktu ini doktor akan sarankan ibu menyusukan bayi sekerapnya, iaitu setiap 2 jam sekali selepas kelahiran. Tapi ibu juga perlu ingat, kolostrum cuma duduk dekat ibu beberapa jam selepas kelahiran. Sebaik bayi dalam dakapan, susukanlah agar dia kuat dan terima antibodi dari khasiat kolostrum.
Tapi ibu yang pertama kali bersalin, perlu tahu juga susu ibu pada awal kelahiran tidak keluar memancut. Ia ada dengan kadar mencukupi untuk bayi anda yang masih baru melihat dunia itu. Bila ibu faham hal ini, maka maksud penyusuan sekerapnya itu sampai dalam pengetahuan ibu.
Ada juga sesetengah ibu yang memang akan berhadapan bayi kuning, walaupun anaknya sudah disusukan dengan kerap. Hal ini, anda perlulah merujuk kepada doktor kerana mereka lebih arif dan faham bagaimana mahu merawat bayi anda yang alami demam kuning.
Sekiranya selepas melahirkan ibu sudah pulang ke rumah, sebagai langkah pencegahan anda boleh ikhtiarkan memandikan bayi dengan bilasan air pokok herba dukung anak. Jangan pula sesekali diberikan bayi dengan minuman atau makanan selain susu ibu untuk mencegah kerana tindakan itu akan memudaratkan bayi. Biarlah ibu saja yang mengambilnya dan khasiat itu akan mengalir melalui air susu yang diberikan kepada bayi anda.
Ini perkongsian daripada Pengasas SuzyHoney Herbs, Puan Suzima Hazish untuk petua memandikan bayi dengan bilasan pokok herba dukung anak mahupun kayu sepang kederang.
Hari Ke-3 Kelahiran Cucu Sulung
“Bayi ini adalah cucu sulung saya yang dilahirkan pada 2 September 2017, baru ini. Bila Nyang (emak saya) memandikan cicitnya.”
“Kalau saya takat pegang dukung-dukung baby boleh le, tapi kalau bab mandi bayi ni awal-awal usia bayi tak berapa berani. Nasib emak ada. Alhamdulillah.”
“Setakat hari ke-3 baby tak menunjukkan ‘kuning’. sikit-sikit tu ada le. Untuk cegah kami gunakan rebusan daun dukung anak mandikan baby.”
Caranya
1. Ambil beberapa pokok daun dukung anak yang segar sekali dengan akarnya dan dibersihkan.
2. Kemudian, direbus sehingga menggelegak.
3. Tapiskan dan tunggu sampai suam-suam kuku.
4. Mandikan bayi seperti biasa dan air tapisan tadi digunakan untuk mandikan bayi sebagai bilasan terakhir.
Nota
√ Gunakan mandian herba dukung anak ini sampai tidak kelihatan kuning di tubuh bayi anda.
√ Kaedah yang sama iaitu 1-4 juga boleh digunakan untuk bilasan kayu sepang kederang.
√ Kayu Sepang Kederang ini boleh diperoleh di kedai tabib cina atau singseh
√ Tak perlu campurkan daun dukung anak atau kayu sepang kederang ini. Cukuplah dengan menggunakan salah satu daripadanya.
Ibu baru melahirkan perlu prihatin dengan kulit bayi baru lahir yang sememangnya sensitif. Tak boleh salah urus, boleh sebabkan ruam malah iritasi. Sesetengahnya pula, berkuping di beberapa bahagian tubuh misalnya kepala, celahan kaki dan tangan.
Penjagaan lebih teliti diperlukan agar bayi tak berasa sakit. Nanti, si manja akan tidur lebih selesa bila ibu pandai urus bayinya dengan baik. Ini panduan untuk ibu, menguruskan bayi yang baru lahir.
Bersihkan Tangan Terlebih Dahulu
Ibu pastikan tangan anda bebas bakteria. Gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum pegang bayi anda. Bayi baru lahir tak mempunyai sistem imunisasi yang kuat, jadi dia terdedah pada risiko jangkitan.
Begitu juga, dengan tetamu yang datang melawat bayi anda. Pastikan mereka membersihkan tangan dengan ‘hand sanitizer’ juga sebelum memegang bayi.
Jangan Goncang Bayi
Semasa mahu mengejutkannya, mengangkat ataupun ketika memandikan, uruskan bayi dengan lembut dan hati-hati. Jangan sesekali goncang bayi anda. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada otak dan risiko kematian.
Memandikan Bayi Baru lahir Dengan Teknik ‘Sponge Bath’
Bayi yang baru lahir tidaklah kotor seperti orang dewasa, lagi-lagi bila tali pusatnya belum tertanggal. Ibu boleh melakukan ’Sponge Bath’ pada minggu pertama hingga minggu keempat kelahiran.
Caranya :
Pilih tempat yang selamat.
Sediakan besen dengan air suam.
Buka baju bayi dan balut tubuhnya dengan tuala.
Lap mata si manja dengan bebola kapas lembut. Basahkan dan perah agar lembab saja. Kemudian, teruskan mengelap pada bahagian muka, hidung dan telinga.
Tukar dengan bebola kapas lembab lain dan bersihkan sekali lagi. Gunakan sedikit mandian selamat lagi lembut untuk membersihkan wajahnya.
Untuk bersihkan rambut
Gunakan syampu bayi yang selamat lagi lembut untuk bayi. Dengan lembut cuci kepala dan keringkan.
Basahkan kain lembut dengan sabun mandian dan bersihkan bahagian tubuh bayi dengan lembut. Lap juga pada ketiak, belakang telinga, belakang leher bayi.
Bilas dan keringkan dengan betul sebelum mengenakan lampin pakai buang dan mengenakan baju.
Bila Bayi Bersedia Mandi Dalam Besen Mandian Bayi
1. Selepas mencuba seminggu dua cara mandian ’sponge bath’ bayi sudah bersedia untuk mandi dalam besen mandian. Sebelum memasukkan bayi, ibu periksa suhu air dengan siku. Pastikan suam bukannya panas sehingga melukakan kulit bayi.
2. Pilih mandian jenis lembut misalnya, Cetaphil Baby Moisturising Bath And Wash kerana mandian ini mengandungi pelembap aloe vera dan minyak almond, bebas sabun, bebas paraben malah hypoallergenic agar kulit bayi mulus terpelihara.
3. Bekas mandian pula kenalah sesuai dengan saiz bayi anda. Jangan terlalu sempit pula ya mak-mak. Bila keperluan bayi mak-mak penuhi. Barulah pengalaman memandikan bayi anda yang baru lahir jadi lagi menyeronokkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini? nak share dengan mak-mak resipi ayam rendang.
Sebelum menjengah bulan Syawal teringin pula nak makan rendang. Jadi berbuka hari ini jom kita masak Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Kalau nak sedap lagi rebuslah nasi impit sedap juga dimakan dengan nasi panas pasti masa berbuka nanti anak-anak akan senyum lebar.
Bahan-Bahan :
½ ekor ayam (dipotong kecil)
20 tangkai cili Kering (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
½ inci kunyit hidup (dikisar)
½ inci lengkuas (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
1 biji kentang (potong 6)
Daun kunyit (dihiris halus)
Rempah 3 sekawan
2 susu kerisik
1 cawan santan kelapa
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak ke dalam kuali
2. Bila minyak dah panas letakkan rempah tiga sekawan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai yang telah dikisar.
4. Apabila sudah garing masukkan cili yang telah dikisar dan tumis hingga garing.
5. Kemudian masukkan ayam dan daun kunyit kacau hingga mendidih.
6. Masukkan santan dan biarkan seketika. Letakkan pula kentang biarkan hingga empuk.
7. Jangan lupa letakkan kerisik supaya kuah rendang menjadi pekat.
8. Masukkan pula garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
9. Biarkan hingga sebati dan kacau. Apabila ayam dan kentang sudah empuk bolehlah angkat dan hidangkan. Selamat mencuba dan selamat hari raya!
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...