Cabul Anak Guru Sendiri, Suspek Raba & Cium Kanak-Kanak 12 Tahun Dalam Lif Diberkas

Share

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di dalam lif yang videonya tular semalam telah diberkas polis.

Menakutkan, remaja berkenaan telah mencabul anak guru yang pernah mengajarnya ketika mereka berduaan di dalam lif. Dalam CCTV yang merakam tindakan tindakan dari luar lif mendapati kanak-kanak itu memasuki lif sejurus remaja berkenaan memasukinya dahulu sebelum membuat onar di dalamnya.

Memetik laporan Kosmo, polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang.

BACA KISAH MENARIK DI SINI :- Di Sebalik Kisah Anak Autisme Yang Ditahan Polis Atas Tuduhan Mencabul

Ayah Durjana, Tergamak Cabul Anak Perempuannya Sendiri Yang Baru Berumur 12 Bulan!

Cemburu Boleh Jadi VITAMIN Atau RACUN Dalam Rumah Tangga, Hati-Hati!

Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun telah dicabul seorang lelaki dalam sebuah lif. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.

“Mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.

Katanya, suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta.

A Asmadi berkata, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros