Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di dalam lif yang videonya tular semalam telah diberkas polis.
Menakutkan, remaja berkenaan telah mencabul anak guru yang pernah mengajarnya ketika mereka berduaan di dalam lif. Dalam CCTV yang merakam tindakan tindakan dari luar lif mendapati kanak-kanak itu memasuki lif sejurus remaja berkenaan memasukinya dahulu sebelum membuat onar di dalamnya.
Memetik laporan Kosmo, polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang.
Beliau berkata, suspek akan direman untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Ads
“Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun telah dicabul seorang lelaki dalam sebuah lif. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.
“Mangsa memaklumkan telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.
Katanya, suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta.
Ads
A Asmadi berkata, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada pagi semalam.
“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 19 tahun itu pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya,” katanya.
Allahu, sebak guru ini, Diana Suhaimi mengenangkan si ibu kepada anak muridnya yang dijemput Ilahi sewaktu melahirkan anak kelimanya.
Allahyarham, seorang yang sangat dedikasi terhadap kerja sekolah sepanjang PdPR anaknya. Dan biarpun, ibu telah pergi keprihatinan terhadap tugasan anak diteruskan oleh pakcik anak itu.
Perginya Si Ibu Disaat PdPR
Kisah tentang seorang murid Tahun 4 saya. Seorang murid yang baik dan sangat berpotensi, yang tak pernah tertinggal untuk menghantar segala tugasan yang diberi.
Sepanjang PdPR ini, si ibulah yang akan menjadi orang tengah, mengambil gambar tugasan anak, menghantar pada saya, ucap terima kasih setiap kali saya respon pada tugasan si anak dan akan meminta maaf dahulu andai tugasan dihantar pada waktu malam.
Seorang ibu yang sangat cakna dengan ilmu si anak.
Sungguh, kematian itu pasti. Pada 15 Jun 2021, saya mendapat perkhabaran si ibu dijemput Ilahi saat sedang bertarung nyawa melahirkan anak kelima. Syahidnya seorang ibu, dan anak lahir tanpa sempat menatap wajah ibunya.
Perginya si ibu, meninggalkan anak-anak di rumah, yang setia menunggu si ibu untuk kembali bersama adik baru.
Saat menerima berita ini, kami semua cikgu terkesima. Terpampang di mata masing-masing wajah kesemua anak-anak arwah yang sedang kami mengajar, yang sulung Tahun 4, Tahun 1 dan Prasekolah. Sugul.
Anak Ini Tetap Menyiapkan Tugasan Dengan Bantuan Pakcik
PdPR diteruskan, tugasan masih diberikan seperti biasa. Pada kami, tidak lagi kami harapkan anak-anak ini untuk menghantar tugasan secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, hanya selepas beberapa hari perginya ibu, tiba-tiba saya menerima mesej daripada nombor arwah,
“Salam cikgu, saya … pakcik kepada (si anak). InsyaAllah, buat masa ini saya yang akan uruskan PdPR anak-anak arwah. Maaf atas kelewatan sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuklah anak yang baru lahir.”
Allahu, air mata saya bergenang. Hati jadi bertambah sayu. Saat emosi si anak mungkin masih cuba menghadam kehilangan ibu, takkan sesekali dibiarkan larut dengan tidak menyiapkan amanah guru.
Semua tugasan disiapkan dengan baik dan si pakcik tetap menghantar segala tugasan seperti mana yang dilakukan si ibu dahulu.
Ketika itu, terasa mahu terbang merentas negeri, memeluk ibu sendiri.
PdPR ini, setiap kita ada bahagian ujian kita. Akan tetapi, moga kita tidak lupa dengan mereka yang ujiannya mungkin melebihi kadar kudrat kita. Reach out to them, let them know that we care and they are loved.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
Moga si ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan saya mohon juga kita doakan moga si ayah dan anak-anak arwah terus kuat dan InsyaAllah, mereka bertemu semula di syurgaNya. Al Fatihah.
Mudah je nak buat Kerabu Maggi Ala Thai yang sedap dan cepat disediakan. Mak-mak boleh sediakan ia sepantas 5 minit, dah sedia untuk dimakan. Kadang kala ada masa tertentu, rasa sangatlah malas nak masak yang renyah-renyah, nak masak yang ringkas-ringkas je tapi sedap. Jadi resipi kerabu maggie Ala Thai inilah yang patut dicuba. Rasa masam, pedas semuanya secukup rasa!
Berikut antara perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Yanie Rosdi ini;
Bahan-Bahan:
Maggi Thai
Crab stick
Sotong
Udang
Tomato (dipotong dadu)
Serai (dihiris halus)
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris halus)
Daun sup (dihiris halus)
Daun limau (dihiris halus)
Lemon (diperah)
CARA MEMBUAT:
1. REBUS / CELUR
Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick. Kemudian, toskan. Kalau nak gunakan maggie lain pun boleh klik sini.Jangan lupa guna kod promo ini untuk harga istimewa.
2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN
Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.Kuantitinya bolehlah agak-agak macam di bawah ini. Kalau suka lebih pedas, boleh banyakkan lagi cilinya.
3. PERAH LEMON
Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon. Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis.
4. BUBUH PERENCAH
Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa.
Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.
Pelakon dan pengacara yang semakin popular, Uyaina Arshad akui seperti mana selebriti yang lain dirinya juga turut terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.
PKP 3.0 Uyaina Arshad Akui Mental Kena Kuat
Figura yang juga nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28 ini juga akui pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, ramai penggiat seni termasuk dirinya turut terjejas dengan situasi itu.
“Banyak aktiviti seni dan tawaran kerja ditangguhkan menyebabkan sebahagian besar pendapatan penggiat seni terjejas.
“Kita berhak merasa kecewa tetapi dalam masa sama mental kena kuat untuk terus bergerak bagi kelangsungan hidup. Kenal pasti apa kelebihan kita yang lain untuk cari rezeki.
“Biarpun berbeza dengan kebiasaan dilakukan sebelum ini, ambil sahaja sebagai cabaran demi diri sendiri dan keluarga,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Gementar Bergandingan Dengan Zul Ariffin
Heroin yang kini sedang popular menerusi drama lakonannya, Love Elsa juga menerangkan berasa gementar dan takut pertama kali bergandingan dengan pelakon kacak Zul Ariffin.
“Apabila dapat tahu bakal bergandingan dengan Zul, saya berbesar hati, tetapi dalam masa sama gementar dan takut nak masuk set berlakon dengan aktor yang sudah ada nama besar dalam industri.
“Bagaimanapun bila mula bekerjasama, Zul sangat okey dan banyak membantu. Situasi itu membuatkan saya selesa bekerja di set,” sambungnya.
Penampilan & Fesyen Pelik
Turut menjelaskan dia yang memegang watak Ammara, seorang gadis berperwatakan pelik memerlukan dia memakai pakaian berlapis-lapis.
“Saya suka mencuba sesuatu yang berbeza dan watak Ammara memberikan peluang itu.
“Selain jalan ceritanya, saya tertarik dengan keunikan karakter Ammara itu sendiri di mana saya boleh cuba pelbagai perkara baharu untuk dicorakkan pada watak itu.
“Penonton dapat melihat kelainan itu menerusi penampilan dan fesyen pelik saya daripada tudung, pakaian sehingga kepada 18 pasangan sarung tangan yang saya pakai.
“Penggambaran dilakukan Langkawi, Kedah dan bayangkan macamana saya perlu bertahan dengan pakaian berlapis-lapis, siap dengan sarung tangan di tengah panas terik.
“Bagaimanapun rasa berbaloi apabila ia berjaya menyerlahkan watak tersebut dan penonton nampak usaha itu,” akhirnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...