Cabaran Mama Menyusukan Bayi, Sama Tapi Mungkin Ada Mak-mak Yang Tak Pernah Lalui Pun Situasi Ini

Share

Tak senang tapi ini antara cabaran Mama menyusukan bayi yang kadang orang lain tak lalui dan rasa. Aku bukanlah Mama yang betul-betul 100 peratus beri breasfeeding (BF) pada semua anak. Sebaik je masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan, terus anak minum susu formula (FM). Tapi itu hanya bila dihantar ke rumah pengasuh dan bekalan stok susu tetap diberikan setiap hari sebab pam susu di pejabat. Bila balik ke rumah dan cuti hujung minggu memang susu formula tak ada langsung dalam simpanan.

Di rumah pengasuh pula, satu lagi masalah bila anak tak nak menyusu guna susu botol. Jenuh pengasuh suakan puting susu ke mulut, hanya digigitnya puting susu dengan gusi sahaja. Minum pun bila dia betul-betul dahaga.

Waktu petang, masa untuk ambil anak di rumah pengasuh. Tak sabar nak jumpa si kecik nie. Dari jauh, dia dok perhati je mamanya. Mungkin minta diambilkan. Hilang penat bila tengok wajah anak. Masuk aje dalam kereta, anak mula merengek-rengek. Apalagi, mesti dah tak sabar untuk BF, walhal di rumah pengasuh baru aje lepas minum susu. Dok dalam kereta susukan anak, sudah tentu makan masa lebih 15 minit supaya dia betul-betul kenyang, tidak meragam dan memudahkan kita untuk memandu kereta dengan tenang sampai ke rumah.

Rasanya semua ibu mesti lalui benda yang sama seperti aku. Atau mungkin juga tidak pernah alami seperti yang aku ini. Tapi itulah hakikatnya, bila mama bekerja dan anak-anak perlu di hantar ke rumah pengasuh atau taska.

Anak menangis semasa bawa kereta ke pejabat? Itu sudah perkara biasa bagi aku. Padahal sebelum ke tempat kerja, bagi dia BF kenyang-kenyang. Anak lelaki, mesti kuat menyusu. Bukan dia seorang, abang-abangnya pun sama., setiap kali dalam kereta mesti menangis nak menyusu.

Jalan terbaik, aku sanggup berhenti mana-mana tempat untuk memberi laluan pada si kecil ini. Mujur anak-anak yang lain sudah faham sebab apa mamanya berhenti di tempat letak kereta.

Pernah juga, dalam perjalanan ke tempat kerja waktu pagi. Si kecil menangis, nak menyusu dan sudah tentu dalam masa yang sama nak tidur. Jika berhenti, makan masa lama pula untuk susukan dia.

Biasa kita tengok bila lampu isyarat merah atau abang polis trafik sedang bertugas, orang perempuan mula keluarkan alat mekap, betulkan tudung dan sebagainya. Inilah masa yang diambil oleh mereka bila dalam kesesakan lalu lintas. Lain pula dengan aku, susukan si kecil sekadar untuk hilangkan dahaga dan tidak meragam semasa kita memandu.

Rasanya, demi anak-anak, ibu sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang lain cakap apa sebab mereka tidak alami apa yang kita lalu ini. Bab menyusu dalam kereta sudah settle, belum lagi dengar hiruk pikuk anak gaduh sesama mereka dalam kereta. Haru biru di buatnya. Sabarlah mama….

Published by
Nora