Adalah penting mendidik anak-anak mengikut zaman dan usia mereka. Menjadi satu cabaran bagi mak ayah zaman sekarang, mendidik anak-anak terutamanya yang lahir dalam generasi Alpha.

“Cabaran Mendidik Generasi Alpha” menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari tadi.

Hos Siti Elizad dan co-hos, Dato’ Rosyam Nor membincangkan lebih lanjut topik ini bersama tetamu jemputan Ustazah Isfadiah Dasuki (pendakwah bebas/motivator), Cikgu Mayurni dan selebriti Abby Abadi serta Lisdawati.

Generasi Alpha

Generasi Alpha atau dipanggil Gen-A adalah gelaran kepada generasi yang lahir pada tahun 2010 ke atas. Generasi yang paling berpelajaran tinggi, terdedah dengan ilmu. Mula bersekolah seawal usia 3-4 tahun dan boleh menamatkan pengajian tertinggi seawal umur 27 tahun.

Generasi ini fokus mereka adalah terhadap gaya hidup berteknologi tinggi. Tak hairanlah cukup ‘celik’ dengan sentuhan gajet seperti telefon bimbit, ipad, komputer, playstation malah terdedah dengan penggunaan internet serta media sosial.Namun generasi ini dikatakan terlalu banyak bergantung pada gajet dan internet menyebabkan kurangnya kemahiran berfikir secara kreatif.

Ads

Menerusi perbincangan di studio, para panel jemputan menjelaskan antara pro dan kontra cabaran dalam mendidik generasi Alpha ini. Antaranya;

1. Bagi Cikgu Mayurni yang berpengalaman selama 20 tahun mengajar, tugas mendidik pelajar kini menjadi lebih mudah. Lebih banyak maklumat dapat diperolehi di hujung jari dan lebih mudah mengajar dengan inovasi baru untuk para pelajar fokus. Malah, cikgu kini lebih berperanan sebagai seorang Fasilitator dalam membantu para pelajar.

2. Bagi Motivator, Ustazah Isfadiah Dasuki pula ibu bapa generasi Alpha perlu berdisiplin mendidik anak-anak seawal usia dalam melentur akhlak mereka.Mak ayah kini bukan hanya beri penjelasan tapi perlu pantau tengok dengan mata sendiri.Gajet boleh menjadi alat baik dan tidak baik untuk anak-anak. Namun anak-anak perlu dipandu dan dibimbing sebaiknya dalam penggunaan gajet ini.

Ads

Cabaran Generasi Alpha, Penting Didik Anak Ikut Zaman & Usia Mereka

3. Selebriti Lisdawati dan Abby Abadi pula bersetuju dan memberi pandangan bahawa walau apapun generasi anak-anak lahir, didikan agama adalah teras yang paling penting.Ini kerana asas agama merupakan tiang yang akan membentuk akhlak diri dan kehidupan anak-anak nanti.

Ads

Malah pentingya mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman dan usia mereka. Mak ayah kena didik anak ikut peredaran zaman. Penggunaan handphone dan gajet bagaikan suatu keperluan, namun mak ayah perlu bijak mengawalnya agar anak-anak dapat menggunakan sebaiknya.

Cabaran Generasi Alpha, Penting Didik Anak Ikut Zaman & Usia Mereka

Banyak lagi, info menarik yang dikongsikan dalam topik ini. Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.

#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI