Setiap mata yang memandang pasti terpukau dengan busana yang digayakan oleh Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri di majlis makan malam sempena ulangtahun ke 25, Bawal Exclusive semalam.

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Sempena ulangtahun yang ke 25, Bawal Exclusive kali telah mengadakan majlis makan malam yang cukup gemilang dengan kehadiran tetamu seramai 800 orang. Buat pertama kalinya majlis mengangkat tema Magnificent Century yang berlatar belakangkan sejarah kerajaan Utmaniah.

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Menurut Puan Haliza Maysuri yang ditemui usai majlis berkata tema tersebut  dipilih kerana dirinya cukup kagum dengan sejarah kerajaan yang diterajui oleh pemerintah Islam. Puan Haliza Maysuri telah menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman Couture dengan bertahtakan kristal Swarovksi yang berharga RM250,000.00.

Ads

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Busana yang digayakan oleh Puan Haliza Maysuri ini dihiasi penuh dengan 83,900 butir Swarovski. Menariknya, palet warna yang dipilih adalah dari palet rona merah dan perincian sulaman, batuan kristal pula dari palet rona emas dan topaz.

 

Ads

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Menurut Haliza, adi busana tersebut telah mengambil masa selama setahun pembuatannya termasuklah perancangan, perbincangan,pemilihan fabrik dan batu Swarovski yang dibawa khas dari Austria.

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Ads

Pada majlis tersebut, Bawal Exclusive telah membuat bidaan untuk rekaan tudung
pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur dan khas dibuat sempena ulangtahun ini sahaja. Bermula dengan harga RM 25, Bawal Tabur ini telah berjaya dibida dengan harga tertinggi RM78,000. Hasil jualan tersebut akan disalurkan Tabung Kemanusiaan Palestin. (Malaysia Medical ReliefSociety.)

Busana berharga RM250,000 bertatah 83,900 butir Swarovski pilihan Haliza Maysuri raikan 25 tahun Bawal Exclusive

Majlis yang penuh gemerlapan ini, telah mempamerkan juga koleksi-koleksi yang direka khas oleh Creative Designer Bawal Exclusive yang berharga antara RM 10,000 sehingga RM
mencecah RM113,000.00.

Malam yang cukup gilang gemilang ini turut meraikan pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama Bawal Exclusive. Tidak dilupakan juga kepada Premium Reseller dan Reseller yang menjadi rantaian untuk menyebarkan lagi Bawal Exclusive kepada semua peringkat masyarakat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI